Bila Hati Berbisik 2
Mencari redha.. mencari tawakkal, mencari takwa.. mencari iman dah ehsan… Sukar kah untuk kita menemuinya… di atas bibir.. terlafaz sudah, di dalam hati.. katanya tertanam sudah…namun.. sejauhmana rohani menerima nya… Tiap sujud mengharap belas ehsan Allah, mengharap kasihnya Allah, memberi segala RahmanNya, dan RahimNya..yg Maha Luas sifatNya, didalam doa , tangan kita tadahkan…tetap kita dambakan kasihNya… Susah untuk meluahkan Nya di atas bibir mahupun di atas kertas.. kerna biar jiwa yg sentiasa patuh tunduk sujud .. berkalam tatkala sedang mengadapNya..’ Sesungguhnya Allah adalah dekat, namun jauh kita rasa kerana sifatnya manusia biasa yg tercalit dengan dosa. Tak tergambar betapa alphanya kita dibuai keindahan dunia yg sementara, mencari kebahagiaan dunia yg indahnya tetap sementara, hingga lupa bahagia yg kekal di alam sana, masih tercari cari jalannya, petunjuk di sediakan sudah.. namun masih juga leka mencari lazatnya hidup di dunia.. Sesungguhnya.. kita tetap sedar, se...