Uber/teksi/grabcar
Y uber?
Dalam zaman serba canggih ni., semuanya kat hujung jari...uber kiranya selari dengan kehendak zaman sekarang, walaupun sebenarnya dah ada sejak tahun 2009 lagi, bermula kat paris...hmm ,
X pa la kan..so, kat Malaysia baru duk nampak relevannya sebab sekarang boleh dikatakan semua pun guna smart phone yang memang smart la sangat.
Kerajaan bagi kemudahan yg terlalu mudah buat uber dibandingkan dengan kemudahan teksi..jadinya senang la sapa sapa nak buat part time or full time jadi uber teksi..side income or full income..the best part is..harganya murah berbanding harga tambang teksi...dan kemudahan untuk pelanggan adalah driver ambil dr umah or kat mana yg di minta oleh pelanggan..credit bukan?
Berbanding teksi, yang perlu menunggu beratur di tempat tempat tertentu mengharap pelanggan datang menggamit dan mendapat bayaran setelah selesai kan..
Kerajaan meluluskan penggunaan uber dan sejak akhir akhir ni seolah olah mencetuskan ketidakfahaman sesama rakyat, pemandu uber dan pemandu teksi kan rakyat malaysia jugak.secara logiknya, sekiranya sudah ada pengangkutan awam, yang dijaga penuh oleh suruhanjaya pengangkutan awam apa perlunya uber lagi? Untuk membantu rakyat mendapat tambang murah? Atau membantu rakyat memperoleh pendapatan sampingan dengan menjadi pemandu uber? Kan...
Untuk menjadi pemandu teksi, seseorang terikat dengan peraturan dan syarat syarat tertentu.salah satunya perlu ada lesen pengangkutan awam, so pemandu uber tak perlu pulak..pelik tak..mereka dibenarkan mengambil penumpang yg secara tak lansung awam jugak la..tanpa perlu ada lesen tersebut.
Uber menggunakan kereta sendiri, walhal, teksi jugak ada yang menyewa secara bulanan dan ada jugak punyai permit teksi sendiri yang perlu di perbaharui setiap 10thn.
Tertanya tanya jugak sekiranya pemandu uber berminat untuk menjadi sebahagian dari pengangkutan awam kenapa mereka tidak berminat menjadi pemandu teksi yang hasil nya adalah 100% untuk diri sendiri dan menjadi pemandu uber yang hasil nya 25% perlu diberi kepada syarikat uber dan uber hanya membayar kepada pemandu setiap hujung bulan..adoi..minyak tol suma pakai modal sendiri..cici duk kehairanan,lagi ni..
Uber memang murah dan flexible untuk penumpang la ..tetapi untuk pemandu tu rasanya 'tough' jugak kot..ramai memilih uber dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada perkhidmatan teksi kerana mahal dan sebagainya.tahukah kita semua proses untuk memiliki permit teksi sangat la rumit.salah satu syarat adalah pemandu tidak bekerja dan membawa teksi sepenuh masa! Tidak seperti uber yg tidak dkenakan syarat yang ketat.
So rakyat yang marah marahkan pemandu teksi mungkin tak selami rutin seorang pemandu teksi lagi,apa yang mereka lalui sebelum dan semasa menjadi pemandu teksi.
Sesebuah teksi perlu melalui ujian puspakom untuk memastikan keadaan teksi menepati ciri ciri yang ditetapkan. Teksi adalah dibawah kawalan SPAD, yg undang undang, prosedur, meter ditetapkan oleh SPAD.Modal,yang dilaburkan untuk memiliki permit teksi sangat membebankan,tetapi pemandu teksi berhempas pulas untuk memilikinya kerana sesuap nasi,.tahukah kita semua jugak pemandu teksi yg mempunyai permit sendiri jugak perlu ada SSM berdaftar? Kiranya profession seorang pemandu teksi sebagai kerjaya perlu la diselaraskan dengan harga tambang nya kan? Harga yg penumpang bayar adalah sebuah harga yg setimpal dengan apa yg mereka usahakan. Proses, prosedur, undang undang dan macam macam lagi adalah untuk pemandu teksi bukan kepada uber.
Cici terbaca ramai yg marahkan pemandu teksi, dan minta mereka bertukar menjadi pemandu uber selaras dengan permintaan semasa.,kita bercakap kerana kita tidak berada ditempat mereka. Ya.persaingan zaman sekarang. Yg marah marahkan pemandu teksi ni tak perasankan pak cik pakcik tua yg dah lama dalam bidang ni dan kalau pun mereka menggunakan smart phone mungkin sekadar buat panggilan atau pun menjawab panggilan saja..
Ada jugak meluahkan rasa tidak puas hati kerana keadaan teksi yg dikatakan sudah lama, tahukah kalian teksi yang berusia 10thn ke atas tidak boleh beroperasi dan perlu menukar kepada kereta baru? Dan perlu lagi membuat pinjaman kereta lagi! Harga yang penumpang bayar adalah gaji mereka, untuk membayar pinjaman dan untuk menyara keluarga mereka jugak! Pemandu uber mungkin boleh survive dengan harga tambang yang sangat murah kerana ianya sekadar part time income.
Cuba mereka selami dan halusi sekiranya tambang yang sangat murah ini adalah sumber pendapatan tetap dan modal harian adalah dari sendiri dan untungnya hanya dihujung bulan..rasanya bebaloi tak...
Tak dinafikan ada pemandu teksi yg meletakkan harga sesuka hati.....tapi masih ada yg ok jugak. Janganlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Pemandu teksi sangat marah kepada uber disebabkan desakan hidup, sumber pendapatan merosot.tentula sesiapa pun rasa marah kan..ya soalnya rezeki masing masing Allah yang tentukan.tp mungkin kita boleh merenung sejenak, pakcik pakcik atau abang abang teksi sudah menunggu di stesen teksi sekian lama, tiba tiba datang pemandu uber mengambil penumpang depan mereka...aduh tentulah terasakan??
Rakyat yang suka uber, suka la tak apa.tapi ingat lah sama apa yang sedang dilalui oleh pemandu pemandu teksi ni sebelum kehadiran uber dan semasa kehadiran uber,kita hanya penumpang yang membayar tetapi tidak bekerja seperti mereka.kita tak tahu keperitan tu..
Cici akan pilih perkhidmatan teksi bukan kerana murah atau mahal..tetapi sebab pemandu teksi tu ada depan mata so kita dah tau, kalau uber adalah melalui talian dan siapa yang datang mengambil kita ...oppsss! We would never know kan hihi..
Terpulang kepada individu, bagi cici kerajaan harus berlaku adil kepada kedua dua..jangan lah kerana menjaga satu pihak ..satu pihak lagi di abaikan..
Dan yang kita kita ni tak payah la marah marah..tp bertimbang rasa sesama kita,.dua dua pun nak cari makan..yg satu cara shortcut dan satu proses yang rumit.penguatkuasaan yang harus diselaraskan. Bagaimana nak bezakan uber dengan kereta sapu ??
Jeng jeng jeng...
Comments
kmieja dtg sini:)