nuffnang ads

Monday, January 31, 2011

Tetamu Mai Bawa Rahmat

Sibuknya.. nak masak , nak kemas rumah, nak siap kan diri n anak anak.. haar,make sure la semua nya terhias rapi,napa lak.. hihi.. ya la ada org nak bertandang ke rumah kita.. kalu beradik beradik biasala kan.. tak yah la nak sibuk..depa dah tau selok belok umah kita.. ni ha.. tetamu…, kawan kawan la..nak mai rumah kita  ,besag la hati kita ni ~  my pleasure ..dengar ja tepon kata nak mai esok, hihi.,. pg pg dah kuag p market, tengok la apa yg patut nak dimasak nak dihidang kat depa nanti..

tapi ada jugak sesetengah org lak kalu org nak mai rumah dia ala kadar ja.. tak kisah pun apa yg nak dihidang, umah kemas tak kemas, bila ada ja tetamu mai mesti dia suh hsband dia kuag ke kedai beli la kopi ka,.. teh ka.. ha, nak  bancuh ayag secawan dua pun malas ker??? Eee bkn nak ngata ka ngumpat ni sbb aku pernah nampak jugak menda cam ni kat depan mata aku ni.. takkan ayag secawan pun tak leh bancuh kot kak ooi , hsband dia dok sembang elok elok ngan tetamu tuu,  boleh dia suh hsband dia p beli kopi, depan depan lak tuu hihihi.. tak lawak ka camtuuu??,  tetamu mai kan bawa rahmat, nnti balik bawak keluar dosa kita .. tak nak ka?..
Rasanya berbaloi baloi la kalu org nak mai umah kita, kita masak n serve them nicely.. sbb tentunya Allah taala suka kan? Bagi aku pulak adalah menjadi satu kepuasan bila aku dapat serve depa, dapat masak apa apa.. even simple simple pun tak pa..tp must be nicely served on de table la kan..
Ya, kalu tak dapat nak masak ka, boleh la p beli cucur pisang ka kuih kuih ka.. tp takat ayag teh secawan dua tu  takkan tak leh bancuh kot.... tul tak?? Hrmm mcm mcm ragam manusia ni.. ada yg suka,  ada yg acuh tak acuh ja.. tak pa la, terpulang la pada individu tu..sapa tak mau rahmat Allah, sapa tak mau org bawak kuag dosa kita…. ish ish ish....



Sunday, January 30, 2011

Tudung Cam Sister Kristien..??

  
Hrmm tak nak la nak huraikan panjang panjang persoalan ni, memang dah perasan lama sejak dari aku belum bertudung lagi,, bila kawan kawan dok pakai cam ni , tak tau nak tegur camna.. so munkin ngan contoh contoh kat bawah ni boleh buat kita renung sejenak…




Ni sekadar contoh ja, ada la jugak persamaan tu sama da kita sedar atau pun tidak ,sebab pun la ni mcm mcm fesyen tudung yg menarik tp cuma kita terlepas pandang. Hrmm fesyen artis artis ni pun kadang kadang boleh mempengaruhi jugak.. ok ka cam ni??


sekadar contoh

yang ni comei…  J


 Sama sama kita renungkan …ya,, tak mau nak komen lebih lebih….

Thursday, January 27, 2011

Pelik TAPI Betoi!

Tahun ni 2011 , kita akan alami 4 nombor yang ganjil n menarik
 
1/1/11,
1/11/11,
11/1/11 
11/11/11......

apa kata anda cuba
 
amik dua digit terakhir tahun lahir anda ( contoh nya -1978 so amik 78) tambah kan dengan umug anda tahun ini,

dapat tak… should be bersamaan = 111

  

 menarik bin ajaib kan??

Kena Puji , ~kembang.. kena kritik??

Senyum dulu… :-)

Lumrah alam la kalu kena puji, tu sonok nya.. kembang hati ni kan..cam nak cerita kat semua orang , kena puji hari ni, mcm nak tanya lagi sekali betoi ka.. ? nak nak kita ni pmpuan, kalu kena puji ri ni cantik.. wah, lawa la, pandai mekap la.. haa….apa lagi merak buih la jadiknya.. nak buat cam na tu kan naluri kita sbg manusia biasa ni.. tp cam aku ni kena tgk orang jugak la kalu nak puji ni,… tujuan kita dressing up, nampak kepuasan dalam diri kita bila tgk cermin kan.. hihi.. eh ok ka cantik ka? Tp cermin tu tak leh cakap.. hrmm so tak tau la elok ka tak elok cantik ka tak cantik..

Tp aku ni kalu tak suka jugak org puji puji ni.. cam tipu ja..bodek ka  nak amik hati ka hapa..kena lak kalu org tu lak lelllaaaaki yg umug nak mai 40-an.. or 40 keatas.. chehhh.. gelli geleman daaaa…kalu elok pun kata dalam hati dah laa… hihihihihi.. tu ja..

My concern is.. MR R En hubby aku tu .. harap la nak puji .. ala bang sekali sakala takkan tak leh kot.. ada la jugak satu masa tu aku dressing cantik sikit la dari biasa .. nak p kduri .. hrmm dok agak simple tp dia kata
cantik.. senyum aihhh .. teghenyeh la aku ni sampai telinga.. hati kembang setaman, kalu bahasa sempoi tu kembang la punkok ni hihih…. Beh tu dia kata pulak, tu la tak leh puji nanti telebih perasan.. hahaha.. .ada la jugak..dipuji oleh orng tersayang.. sapa tak kembang kan… sama jugak time masak sedap.. aku cukup pnya syokk la kalu en hubby tu kata aku masak sedap.. kah kah kah… al maklumlah ciciwi kan.. tp time aku masak tak sedapppp.. kena kritik haaa…. Amacam> tak leh terima ? kan kan kan..

Eh eh?? tak la ,bukan la, tak pa la.. ada saja la nak backing diri sendiri..feeling down teruih.. chehhh.. tak ok ka cam ni, cam na lagi mau.. hihi tak puaih hati la pulak..en Hubby is a type of frankly speaking punya, so kalu
tak sedap.. directly gtau tak sedap, tak pandai masak la apa apa aja, tak elok pakai cam ni, pokpekpokpek, lebih kurang jugak ayatnya tuu..alasannya kritikan membina? Isk.. membina ka.eeee geram oooo, sakit hati ni.. ohhh tidak lallin…. Cam tu jugak kalu aku dressing up rasa cam cantik tp sekali dia kata tak cantik, tak sesssuuaii la, mcm wayang cina la… ada saja.. muka jadi chomm laa hihi

Hrmm tu la lumrah kita ni sepesialy pmpuan .. bila kena puji memang kembang la mcm merak buih tu.. tp kalu kena kritik.. unacceptable??? No no no no.. keep denying…ahhhh.. ralat hati suma ada.. tak leh ka amik as
kritikan tu untuk improve untuk buat yg better in de near future.. haa.masak tak sedap , pas ni try amend kasi sedap, tp bkn amik cam ni, tak sedap kena kritik …haa. TAK MAU BUAT DAH!! Hihihi..

Kalu pakai bj ni kata tak cantik.. TAK PAKAI DAH!!! Haar. Boley ka camtuu..

Tgk la dulu..niwey En Hubby sgt susah nak memuji.. hopefully dalam hati laaaa
hihihi..
 

Wednesday, January 26, 2011

Biar Sibuk Bekerja

Kadang kadang rasa hati ni, nak bangun pagi nak p kerja punya la malaih, teringat hal ehwal anak anak, nak siap kan depa, nak jaga depa coz bila cuti sabtu ahad, sonok jugak dok ngan depa kan… alangkah bagusnya kalu dapat tgk depa in every single moment kan..

Hrmm ni la akibat nya kalu mai keja tak bizi, working as admin support for sales team, keja aku ni dok tgu sales staff bawak balik submission untuk aku process..so bila depa tak wat sales, aku pun nga nga la.. mula la dok pikiag mcm mcm hihi.. aku akan siapkan entry blogging during office hour ni , lik umah aku post kan aja.. sbb time ni ja boleh pun, kat umah bz ngan anak anak.. tak dak masa nak meng -ayat dah hihi…

As for my self, I prefer to be bz -yg boleh  buat aku rasa masa berjalan cepat.. bila bz tu time tu tak la aku renung sangat, nak nak dok tuggu nak lunch time.. which it consider half day has gone!. Hihi.. ni dalam dok tak dak keja, mcm mcm la nak dipikirkan, bila nak jadi kaya hihi.. bila nak goyang kaki tak payah kerja.. hrmm jawabnya.. tggu epf la hahaha..

Bkn apa, bekerja ni ada kelebihan, dan tak bekerja pun ada kelebihan jugak..dari segi kelebihan tu aku rasa byk jugak kot.. munkin yg paling utama tu dapat la bantu sedikit sebanyak keperluan family, walaupun sikit .. bantu jugakkan ?? hihi.. tp kelebihan tak bekerja ni .. Allah lipatgandakan pahala la, sebab kita tumpukan sepenuh perhatian kat anak anak, p hntag anak p sekolah, p amik anak sekolah, masak untuk depa.. keja keja rumah tu kan namanya ibadat.. haaa… tentu aman rasa kan.. terlebih utama tu solat lagi senang kat umah.:-)…

Aku redha la memang aku akan bekerja sampai pencen hahaha.. tak leh nak lari rasanya.. selagi khidmat diperlukan…

Dalam dok merenung nasib yg ntah bila nak jadi kaya ni… kena jugak la besukur , dapat keja dalam opis, aircond, bukankah ada yg lebih kurang bernasib baik.. sekadar contoh kat sini, tu la aku kena la syukurkan diri aku ni, ada yg susah susah bangun pagi nak menoreh getah, kalu lambat getah tu keluar sikit, ada jugak yg terpaksa berpanas berhujan nak cari sesuap nasi.. amacam?? Ni dok dalam aircond pun dok rasa malaih!! Dok rasa nak dok rumah??? Isk.. dok umah kalu RM masyuk tak pa la hihi.. zaman la ni commitment sgt sgt berbeza, byk menda nak di bayag,  dapat la bantu sedikit sebanyak dalam urusan keluarga ni.. kan hihi..

Hrmmm tu la kata biag la aku sibuk bila mai office tak la aku melalut pikiag mcm mcm… kannnn :-), soalannya ‘sampai bila harus bekerja’ hihihi.. jawapan aku.. senang ja. K.S.P.. aku sebagai kerani sampai pencen hahaha..








Monday, January 24, 2011

My sepesial thank to En Hubby


My sepesial thank to En Hubby

 

Hrmm nothing much to note down, sakit tersakit .. cam na leh ter keracunan makanan pulak aku nie.. isk , tak pernah terjadi cam ni..

Sabtu  22hb ri tu ,pg pg makan nasi lemak, dalam kul 12tghr makan laksa pulak 2 mankuk (my favorite die hard pnya ), pas tu rest sat dalam kue 3 lebih makan nasi keduri aqiqah lauk gulai ayam ja, malam tu makan moi sup.…then nak di jadikan cerita pada pagi pagi seawai kue 3 pagi leh aku kena p toilet, cirit birit muntah muntah non stop sampai pagi… eer nak di jadi kan menambah kan keletihan aku ni si baby aku yg kecik tu lak demam, ap alagi merengek la jugak.. aku dah la terletih sampai tergolek dog ni… isk,  Mr R lak kena keja OT ahad kemarin ni..adehh!!

nak buat cam na Hrmmm, sian jugak dia kena sacrifice OT sbb anak bini dia tak sihat..terharu la jugak,mood sakit ni sentimental la sat hihi``` dah p amik ubat tu , pas makan tghari tidug la kami anak beranak.. letih, MR R cakap muka aku dah naik kuning.. munkin dah hilang sumber tenaga kot.. hihihi.. time ni rasa syahdu la jugak , al maklumlah aku ni jenih simple pnya style, tak la nak bermanja manja, tp time kemarin tu sampai lembik jadi nya.. MR R ada la tolong buat keja keja rumah.. hehe.. completely done! Bgn tidug time petang tu.. wahhhh siap sumanya.. tak sangka jugak, hrmmm smile la aku apa lagi.. maklumlah selalu dia hanya pok pek pok pek kalu ada keja rumah yg tak disetle ..

Credit to EN Hubbyku MR R.. hihi.. sayang jugak kanda kat dinda nooor.. hihi..

 

Tq tq tq tak terhingga….kerana tolong tolong masa isteri mu terlantar kemarin!! Mmmmuuuah…..

Luahan rasa dari sang isteri.yang terdampar sakit keracunan makanan… tq lalin….

kikikiki….


Friday, January 21, 2011

3 kategori budak sekolah..


 

Baru baru ni saja layan baca buku dari Dr HM Tuah Iskandar bertajuk ‘Buat Sampai Jadi’ .. ok jugak isi kandungan dalam buku tu, cara olahan yang bersantai dan baca pun dah termenarik sbb ada unsur humor dalam tu… antara yg menarik dalam tu boleh yang  boleh aku share sesama kita ni bab nak mendidik anak.. mai la jenguk jenguk rumusan dari hasil bacaan ni dengan cara aku la – cici hihi..

Kategori pertama – anak yang tak perlukan pemantauan

Maknanya dia tau apa yg dia buat, apa yg perlu dia buat, yang tu kategori budak bijak pandai, exam leh score A1 tak yah risau punya

Kategori kedua – anak yang pahat dan penukul –sekali suruh sekali buat

Anak anak yang jenis ni peratus untuk diselamatkan lebih besar dari peratus untuk terus rosak. Bagi anak anak dalam kategori k 2 ni, motivasi dalaman untuk membawa kesedaran dari dalam dan keinginan untuk merubahnya amat penting. Salah satu cara ialah perdengarkan depa dengan hadis hadis tentang kelebihan menuntut ilmu. Cerita kat dia betapa malaikat mengibarkan sayapnya terhadap org yg menuntut ilmu. Anak anak kita kdg kdg pressure bila kita suh baca buku untuk lulus peperiksaan dan dapat kerja yg baik, suma org akan kata cam tu kan..so cari kelainan sikit. Boleh jugak kita bg tau kat depa apa akan jadi kalu suma org ambik sikap tak kisah dgn pelajaran,,.kemunduran, kemiskinan.. dan diri kita yg akan di kuasai oleh bangsa lain yg lebih hebat..la ni depa nak makan apa suma dapat, tak susah semuanya terhidang di meja, so boleh juga terang kan kat depa hakikat kesusahan tu sekiranya tak dak pelajaran!..
Di sebalik usaha kita, tentunya kita kena seiring kan dengan doa.. ya la boleh buat seribu macam usaha tapi berjaya atau tak tu tetap kuasa Allah Taala. Bukankah doa tu senjata org mukmin.
 
Kategori ketiga – kepala batu @ tak makan saman

Anak anak yang macam ni sebenarnya bukan kita saja yg jadi guru depa, tetapi ramai guru yg kebykkan nya yg merosakkan pemikiran depa..so kena ambil langkah seawai  munkin untu membendung.. first of all sure la agama yg perlu dititikberatkan. Kena bg tau kat depa dosa n pahala, even p sekolah kelas agama pun munkin depa ikut teori untuk jawab peperiksaan, tp dari sudut akal n iman tak betoi betoi paham tuntutan tu. Kalu ikut dr penulisah Dr HM Tuah ni pakar psikologi, dia terangkan kita beberapa kekuatan diri kita melalui bulan yg dilahirkan.. so kita leh bantu remind kan kat depa yg sebenarnya mereka boleh berjaya kalau berkeinginan untuk berjaya. Semestinya kita kena sentiasa mengawasi dan mendekati depa denga cara yg paling diplomatic supaya depa tak memberontak..

Ya .. betui la, sangat betoi apa yg cuba di sampaikan dari DR HM Tuah ni. kan.. aku rasa aku ni dalam kategori ke 2 hihi.. sekali mak pak suh baca buku baru nak baca..mkin doa depa yg selamat aku tiap tiap kali exam .. so nak kena juga perbaiki diri untuk kita pulak menyampaikan kat anak anak nanti..

‘ kena tolong depa agar dapat membina imaginasi cemerlang dengan melihat semalam, menilai hari ni dan meramal masa depan” hrmm menarik jugak kan kan kan..

‘ orang lain dapat menghalang kita buat sementara, tapi kitalah yg menghalang diri kita buat selama-lamanya’….

Ada paham??? Hihi.. do agree with you DR Tuah..thanks for a such good info for mumy mumy like me :-).

 

 

 


 

Wednesday, January 19, 2011

Maintenance Rumah se umur hidup..


Haa life la ni , dulu duduk umah kampong tak dak pun kena bayag maintenance.. habeh kuat kena bayag duit sewa tanah ja.. masa dulu rm5 pas tu 10.. dan seterusnya sampai la ni 30hengget sebulan.. ok la sure la boleh 30 sebulan tu.. sbb tak yah bayag duit umah dah kan…kalu dok tanah sendiri kena bayag cukai tanah pulak.. p balik p balik mesti kira tak dok free pnya..
Tp cam kita yg dok apartment ni selagi nama nya kita ni dok umah tu kena bayag la maintenance tu.. hihi.. kalu loan umah pun leh jugak habeh 25-35thn kan.. nak shortcut kalu leh la amik EPF for early settlement or reduce de principal tp kalu bab maintenance ni tak leh habehL.. kalu miss pun jadi tertunggak.tak bayag pun leh kena refer lawyer tau ka..
Currently cost maintenance for my aparment ni RM85.00.. ok la aku rasa berbaloi la boleh la sbb ada pool, tapi dah la umah tak besag mana.. management nak increase to RM105 lak starting from Jan 2011 ni.. chehhh… 20hengget sebulan tu makes different lorrr… kira la .. kalu sebulan beza 20 henget is equal to RM240.00 setahun.. kalu bertahun tahun lagi.. tak ka ber riban la jugak..

Reason for increase is due to maintenance cost which include cleaning, lift maintenance electricity all had increase..hrmm aku dok tingkat satu.. should kurang la siket hihi tak pakai pun lift tuuuu.. hahaha.. tak aceya la.. apa kata , increase dia start from level hihi tingkat 1 -85hengget, tingkat dua 87, tingkat 3 90hengget dan seterusnya.. sbb lagi tinggi kan lagi mahai rumah tu.kononya pay for de view la pay for the lift la.. padahal besag tu jugak sqf nya hihi.
Rega rumah pun meningkat gila gila compare time aku beli dulu.. for those yg beli umah for investment ni memang untung la... for me ? no no no ... of coz not la… . Hihi.. beli untuk dok menenggek .. even kecik pun rumah sendiri betoi dak.. setimpal la ngan gj yg ciput kami 2 org ni dan sesuai la ngan anak pun 2 ja .. tp tu la.. nak ter merongot la jugak pasai maintenance ni… it seems like a kind of never ending story.. bayag la sampai keghaih hahahah..but surely we feel convenience when everything will be settle for us kan… kita cuma jaga kat dalam umah kita.. kat luag clean n clear.. tu pun should be great enough hihi..
La ni dok ada surat bantahan yg ntah sapa boh dalam post box tu untuk kami kami penghuni apartment ni tandatangan membantah kenaikan cost maintenance ni.. rasa rasa laku ka… hrrmmm suma barang naik , maintenance pun teringin nak naik jugak ka… aiyooooo…

Tuesday, January 18, 2011

Hangat Hangat Tahi Ayam

Takut gak terjadi cam ni.. hari ni tak berapa sihat.. mood pun cam tak ok.. anak anak pun tak sihat.. nak post pun cam tak berkehendak ja hihi.. ni baru 3 bulan ja on de screen ni

Well, I must say to be honest, takut gak jadi blog hangat hangat tahi ayam.. takut angin balog mai.. sepoi sepoi bg aku pening ni.. sat ni terjadi blog hangat hangat taik ayam lak hihi… kalu ikut diri aku dulu dulu la memang ada sifat al balog liat ni, buat keja sekerat jalan n hangat hangat taik ayam , better mengaku kelemahan diri sendiri hihi yg sedia maklum kan…~~time muda dulu belajar jahit baju pun half way, belajar buat curtain pun half way hihi.. ni dah blogging la pulak..
Haaa nak tgk jugak takat mana leh p.. hihi.. buat masa ni memang semangat ni masih membuak buak…nak buat smpai jadik, sampai rasa.. yes..puas hati..

‘kalu tidak penat bkn usaha namanya’ tapi bloging ni memenat kan ka?Cuma sometime balik umah letih la sikit bila perlu melayan kerenah anak anak, kena tuggu depa tidug baru la leh mengayat..Memang pun kalu cam aku yg jenih al balog liat ni, nak usaha yg keluag peluh tu, yg kena korbankan masa nak cari RM extra tu…haa belum la pernah cuba lagi ~~no no no .. dak la kot tapi semangat aku dlm blogging ni is still here.. still fresh.. walaupun blog aku ni cokia ja pun,masih dok tercari cari rentak n mcm mcm menda yg nak kena belajag. As for beginning my knowledge in  blogging is totally zero –kosong, la ni perhaps got some improvement la sikit from my reading sikit sikit tp nak buat linkwithin pun dok ter hang lagi .. lembab betoi nak paham la ~~ huish bkn ok sgt knowledge ni tp rasa cam better la dari mula mula dulu hihi.. srrrrrr .. ada member aku komen gitau blog aku cam blog makcik makcik…
Jhehehe  Jgn la gelak gelak kwn kwn .. I m on my way laa ni.. :-)  Its not easy of coz but now rasa cam if aku ada semangat cam ni dulu, aku munkin dah bejaya or having a better living kot… semangat mudah puas hati tu hrmm rasa nak cuba improve sikit, nak bg semangat mencari sampai puas hati ..boley??? haa kena usaha sikit la, nak kena paham selok belok suma ni..payah aku nak paham sebenag nya hihi tu la takot juga jadi hot hot chicken shit lak 

Haaa.

Lets see my cici’s journey,,,,where it goes to
… tenkiu.. frenz…:-)

Sunday, January 16, 2011

Birthday Dato' Siti ke 32

Baru baru ni 11.1.11 genaplah umur Dato’ Siti Nurhaliza yang ke-32. , majlis harijadi ini di sambut di hotel JW Marriott Kuala Lumpur. Memang habis grand lah bufday party Dato’ Siti kita ni. Mawi world dengan Ekin pon ada turut hadir sama.
Tema pada hari itu ialah GREEN. Siti was wearing draping dress from WANPA. Mai kita tgk pic pic Dato Siti hari tu...



 di temani suami tercinta semestinya...








turut hadir...
.
.
.
.
..
..
.

Ni ada bbrp pic Dato Siti masa tengah cute mute dulu….












Dalam kita kenai Dato Siti time tengah comei ni la kan … la ni dah pun 32thn…hihi…
naturally comei!!! without heavy make-up, nice!!


Saturday, January 15, 2011

Revolusi sistem pendidikan di India

LANGKAH kerajaan India memperkenalkan prototaip komputer tablet ciptaan mereka yang berharga AS$35 (RM109) pada Julai lalu mendapat liputan daripada seluruh dunia.
Pada pelancaran produk tersebut, Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal memberitahu, India akan muncul sebagai sebuah negara hebat dengan penggunaan teknologi pada harga yang rendah.Sibal turut mendedahkan harga untuk sebuah gajet itu bersamaan sebuah iPad Apple iaitu AS500 (RM1,567).Menurut satu kenyataan rasmi, harga gajet skrin sentuh itu yang disasarkan untuk penggunaan kira-kira sejuta orang pelajar di India boleh dijual pada harga AS$10 (RM31) jika permintaannya bertambah.
Dari segi spesifikasi, komputer tablet yang masih belum diberi nama itu dilengkapi kuasa tambahan selama tiga jam, pelayar Internet, pemain media, keupayaan persidangan video, penstoran data, pemacu cakera keras dan kamera web.
Komputer versi asas
Sebelum ini, rakyat India pernah berjanji bahawa penggunaan komputer riba pasti akan mendapat sambutan.
Difahamkan, sebanyak 100,000 unit komputer tersebut akan dipasarkan pada Januari 2011, namun butiran lengkap mengenai spesifikasi sebenar gajet itu masih belum diputuskan.
Pada masa yang sama, beberapa pakar turut memberi amaran bahawa gajet tersebut mungkin akan bergelut dengan isu seperti menggunakan barangan import murah dan peningkatan caj buruh yang tinggi yang bakal ditanggung oleh kerajaan India.
Sebagai rekod, sebanyak 61 peratus rakyat India dilaporkan jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju lain seperti China yang jauh ke depan dengan 92 peratus, tetapi masih berusaha untuk memajukan sistem pendidikan mereka.

Justeru, perancangan komputer tablet merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan jumlah pelajar mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, mendedahkan mereka dengan kemahiran teknologi yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi di India.
Persatuan Satu Komputer Riba untuk Seorang Kanak-kanak di AS sebelum ini agak sukar untuk mencapai sasaran, tetapi kini ia menuju ke frasa baru iaitu dengan menggunakan komputer buku pada harga yang rendah.
Hrmm canggih la jugak dah depa ni kan…kalu depa boleh...Malaysia pun pasti buleh hihi!!!

Friday, January 14, 2011

dah 5thn pun

Its my  5th anniversary

Sat….. ooooopssss … nak kedipog kedipog lagiiii.. hihi.. sedag tak sedag dah pun sampai anniversary perkahwinan aku yg ke 5,… haaa.. susah senang tak yah la nak cerita.. alam perkahwinan biasa la.. mesti la ada ombak sikit.. takkan nak setenang tasik ja kan.. hrrmmm tak bestla.. biag ada alun sikit .. baru mencabar… ya la .. wlpn perlu mengharungi ombak badai tu..yg kdg kdg beralun yg kdg kdg tenang, dapat la rasai jugak nikmat n rahmat yg Allah bg ni.. hihi..

Aku ni kawin agak terlajak sikit la.. even kenai hsbn yg (hereinafter will be called MR R) dalam sekitar umug aku 19 thn.. tp on of ,, ada sat tak dak sat.. ni kawin masa umug 27++ kira dlm kategori tak muda la jugak..haaaa. senang ka nak kena nga nga tunggu jodoh tu sampai 8thn.. lambat lambat tp sampai jugak la, Alhamdullilah

Masa tak kawin tu, anak dara tu.. aku keep single while waiting, while nga nga nak tuggu MR R pulang ke pangkuan.. dok rasa jugak.. kalu buat nya dah aku reject byk org yg nak mai mencelah, tau tau MR R dah kawin amacam ? al maklumlah lost contact beberapa tahun.. Cuma hati ni ku tadahkan.. ku nantikan.. ku kosongkn untuknya hihi..
Masa tu dok pikiag kalu aku jadi anak dara terlajak tu.. nak amik anak angkat.. ya la buat teman aku, kala sunyi kala tua esok ni hihi..

Ya Allah tu Maha Penyayang sungguh.. tiap kali aku berdoa.. dlm smbyang.. kalu bukan MR R ni jodoh aku, maka tunjukkanla kat aku, lapangkan hati n perasaan aku nak terima jodoh aku pemberianNya.. tp tu la.. bila doa pun, alih alih hati tu dok terpaku tang situ jugak..for him! mnkin nak dijadikan takdir.. atau doa yg Allah permudahkan jadinya untuk aku, all of sudden MR R gave me a call, with he himself pun main agak main pusing pusing ja no tepon aku.. tp Allah dah bg dorongan yg nombor dia tekan tu tepat ------------
àtoing kena betoi muka hidung aku.. he’s looking for me! Hahahaha. Geli hati arrr kalu ingat balik.. tu cerita nya nak dijadikan jodoh aku la hujung thn 2004, no tepon tu terilham kat dia,, 2005 april aku pun bertunang.. dan seterusnya 14.01.2006 aku pun dikawinkan la makanyaaaa ..smileeee eee sukanya time tuuuu
 
Hadiah anivesary??? Haaah..nak kena hadiah ka ??hihi.. remember ciciwi??? I am simple.. as a simple wife to a simple husband, tak terasa la nak ber candle light diner tu suma.. so.. no need la hadiah hadiah laling.. wa cayang lu.. as what I was before.. today, tomorrow… ever after… or hindustannya… hamesya ki liye…hihi…  

Mudah2an Allah pelihara.. berkati ikatan ni.. tabahkan hati mengharungi segala jenih badai tu …. Kan.. insyaAllah…apa pun Rahmat Allah jugak la nak lindungi petalian yg dah tersimpul yg baru 5thn ja pun hihi.. 

Wednesday, January 12, 2011

Magic nombor telepone

Magic … cuba sendiri k

  1. taipkan 3 digit pertama no tepon anda (bkn yg 010 tu) kat calculator
  2. darab kan dengan 80
  3. tambah 1
  4. darab lagi 250
  5. tambah 4 digit terakhir no tepon anda
  6. tambah sekali lagi 4 digit terakhir no tepon anda
  7. tolak 250
  8. bahagi 2
betoi dak no tepon anda??



Tuesday, January 11, 2011

Putaran kehidupan


Tip tap tip tap.. kedipog kedipog.. pejam celik.. la ni dah masuk tahun baru…2011, hrmm toksah la nak cakap pasai azam baru nieh.. hihi.. tiap tiap tahun azam baru dok beratug , bila nak dipakai hihi aku tak tau dok .. simpan ja..

Dalam sedag tak sedag, this year is de first year anak aku nak p skolah.. tadika ja pun.. ya la.. dalam aku dok rasa tidug celah ketiak ni.. dah besag pun dia.. hihi..wpun umug 4++ tp kiraan tahun tu dia 5thn la..hrmmm, ni baru dok perasan umug dok tunjuk rutin aku dah nak berubah… ish.. dulu mak bgn seawai pg nak siap kan anak anak dia p sekolah.. ada sj bfast nak disajikan, nak iron bj, sikat rambut yg berjela tu .. hihi.. kami suma beradik pmpuan.. nak p sekolah mak dendan elok ja.. tarik cekang cekang bg kemaih, minyak kena lumug satu kapala.. hihi…

Haaa..

Ni time aku pulak mangkit awai pagi, siap kan budak kecik tu nak p sekolah tadika yg mula kan sesi pg kue 8pg – 12tghari.. disebabkan la ni dah bertambah ahli nak disiapkan…terpaksa la bgn awai pg.. its my turn to prepare her bfast, iron bj, nak tocangkan rambut yg berjela cam aku jugak la.. hihi.. cam teringat ja mak dok ikat rambut kat ku tu.. ish ish.. cepat ja rasa masa berlalu.. dah lama tak tgk kapug kasut, dan yg best tu time my hubby n myself dok balut buku sekolah dia.. sambil ngongang ngongang dok cerita zaman sekolah tadika masing masing.. hihi rasa lawak la..sbb ni time nak perhatikan anak sendiri pulak nie..

Yes, balik sampai umah la ni dah nak kena ushar keja skolah dia.. haaaa don’t play play.. la ni tadika pun dah ada homework.. abc tu kebykan budak budak dah familiar.. zaman dah berubah.. time depa ni baby bby sure mak pak dah bg susu kan lani susu dah ada DHA la , AA la SA la n one more thing tu Gangliosida hehe.. tu Anmum la, - sel sel otak berhubung haha. So depa ni cam cepat terima la proses pembelajaran..

Aku percaya generasi ni adalah generasi yg boleh di harap di masa depan hihi..

La ni time aku jadi cam mak aku hihi.. di namakan putaran kehidupan….kemarin aku student, semalam aku kawin, hari ni aku jadi ibu….dan seterusnya ……..hihi…jika di panjang kan hayat…ni la..kan

 

Sukur…. Amin…




Sunday, January 9, 2011

Tun Mahathir Kekok ditemu Bual Datuk Siti Nurhaliza

Bicaranya lembut tapi penuh makna tersirat. Setiap bait kata terkandung hikmah untuk dijadikan Semuanya menjelma tika mantan Perdana Menteri ini hadir sebagai tetamu istimewa dalam program bual bicara SITI. Walau sudah mencapai usia 85 tahun, namun Tun masih gagah berjalan dan mampu berkongsi memori kisah hidupnya bersama tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Tun melahirkan perasaan kekok apabila ditemu bual oleh Siti, seorang selebriti popular tanah air.

"Selalunya saya hanya mendengar Siti menyanyi, namun hari ini dia yang temu bual saya. Rasa ganjil sedikit. Program begini bagus untuk kemajuan industri hiburan, ini peluang yang bagus untuk meluahkan pendapat.” Ujar Tun
Usia makin dimamah masa dan Tun selayaknya diberi peluang untuk berehat menenangkan fikiran setelah 22 tahun menerajui tampuk pemerintahan. Namun idea bernas dan nasihatnya sentiasa diperlukan, malah Tun mengakui hari-harinya kini lebih sibuk berbanding waktu menjadi Perdana Menteri.

Program SITI bakal bersiaran setiap Sabtu dan Ahad mulai 12 Februari 2011, pukul  9.00 malam di saluran Astro Ria (104).
Jangan lupa tonton tau!
Aku memang mengagumi Dr M, maklumlah membesar di zaman pemerintahan nya kan…salute tabik spring dengan semangat DR M menaikkan nama Msia n masyarakat Melayu.. sayang Tun., semoga Allah sentiasa rahmati kehidupan Tun sekuarga..

Dr Sheikh Muszaphar bakal timang baby...

Sheikh Muszaphar dan Dr Halina selamat diijabkabulkan pada majlis yang penuh gilang- gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Oktober 2010.(senang nak ingat.. 10.10.10)







kini Dr Sheikh Muszaphar bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos disahkan mengandung bayi sulung mereka.Menurut beliau, kandungan Halina kini berusia 12 minggu dan keadaan kesihatan isterinya baik dan tidak banyak kerenah.
Sheikh Muszaphar yang mengesahkan hal itu memberitahu, beliau bersama isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak cukup gembira dengan perkhabaran tersebut.



Dari ciciwi… sekalung tahniah… semoga dapat baby comei comei ya… hihi… sure tak sabag nak timang baby tu nanti…kan




Saturday, January 1, 2011

Selebriti terkaya..

Oprah Winfrey selebriti terkaya

Hos rancangan temu bual terkenal Amerika Syarikat (AS), Oprah Winfrey menduduki tangga teratas senarai selebriti Hollywood terkaya 2010. Menurut Forbes.com, orang kaya media itu dinamakan sebagai selebriti yang memperolehi pendapatan tertinggi dengan memiliki sejumlah AS$315 juta (RM975 juta) di dalam baki akaun banknya pada 2010.Winfrey, 56, yang akan melancarkan siaran televisyennya sendiri, Oprah Winfrey Network (OWN) selepas meninggalkan rancangan temu bual popularnya, The Oprah Winfrey Shows sebelum ini dinamakan sebagai Selebriti Paling Berpengaruh oleh Forbes.



Di tangga kedua menampilkan pengarah filem James Cameron ekoran kejayaan filem sains fiksyen arahannya, Avatar dengan pendapatan berjumlah AS$210 juta (RM650 juta).


Seorang lagi pengarah filem Tyler Perry, yang juga teman kepada Winfrey, menduduki tangga ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$125 juta (RM387 juta).



Rakan kepada Cameron pula iaitu Steven Spielberg, Jerry Bruckheimer, George Lucas dan Michael Bay turut tersenarai dalam 10 orang terkaya 2010.
Beyonce menjadi penyanyi yang memperolehi pendapatan tertinggi dengan menduduki tangga kesembilan dengan pendapatan sebanyak AS$87 juta (RM269 juta). Dia menewaskan Britney Spears dan Lady Gaga yang masing-masing menduduki tangga ke-13 dan ke-14.
Turut tersenarai dalam kedudukan 20 teratas ialah Madonna, Miley Cyrus dan Tylor Swift. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik klik

There was an error in this gadget