nuffnang ads

Friday, December 31, 2010

filem pecah panggung 2010

29 Filem telah ditayangkan sepanjang 2010, berbanding 27 filem yg ditayangkan pada 2009..Pada 2009, jumlah kutipan tiket yg lebih dari 4 juta,cuma 3 filem iaitu  Bohsia- Jgn Pilih Jalan Hitam  - RM4.14juta,  Jangan
Belakang Pandang Congkak –RM6.09juta dan Geng Upin & Ipin Pengembaraan bermula  -RM 6.2juta

Dalam tahun ni 2010  sebanyak 6 filem yg melepasi kutipan RM4juta.. iaitu…



Ngangkung     – RM8.15juta

Adnan Sempit    - RM7.66juta

Hantu Kak Limah balik rumah - RM6juta

Evolusi KL Drift 2   - RM5.67juta

Lagenda Budak Setan   - RM4.28juta

Jangan Pandang Belakang Congkak 2- RM4.23juta


Haa… aku bukan kaki wayang.. tp all the above memang aku layan jugak hihi..suma pun best..orait la tu film Malaya dah boleh tarik penonton kan..apa apun David Teo la masyuk kuat tu,.. Adnan Sempit, JPBC2, dan Ngangkung 

Neway.. dari ciciwi… ‘sokonglah filem kita’ layannnnnnzzz :-)

 


Wednesday, December 29, 2010

When u give, u will get it back


Susah ka senang, tangan memberi tetap lebih baik  dari tangan menerima

Kdg kdg rasa kita 2hengget pun kedekut nak bg bkn apa takot yg kita bagi tu di salurkan kat tempat yg tak elok. Aku memang bkn jenih kedekut, sapa sapa yg nampak cam perlu dibantu, ok ja.. nak hulug sikit tak rugi apa pun kan

Tp kan, ada satu pakcik kat opis ni , dia mai hari hari la minta sedekah.. aku bukan nak aibkan ka apa.. sure la.. kalo nak bg, bg la.. tp kalo tak nak biag la.. kat dia..
Aku besa la jugak hulug kat dia 2hengget belen aku lunch.. tak rogi la sure.. tp yg best tu.. sekali aku jumpa dia kat stesen bas.. tgh beli rokok.. kat tangan dia ada kertas nombor ekor, siap dok tenung lagi.. aarrgh.. aku rasa cam tak baloi la, 2hengget tu dapat beli nasi lemak tau ka.. kalo sorang bg 1hengget 2 hengget.. kalu 10 org bg kat dia.? Kan dah dapat dia lunch n diner for de day.. tp kalo dalam byk dia dapat tu dia p beli rokok(tak tau la jenih mahai ka murah).. rugi la, rokok dah la bahayakan kesihatan…susah kita nak dapat duit.. tp tang rokok tak leh lak tepihkan isk.. tang nombor ekor tu, kalu betoi la..dia amik duit yg org sedekahkan tu dia beli nombor ekor tu.. hrmmm pikir pikir la sendiri pakcik.. no gud n de very no gud! Hihi.. tak pa niat aku nak bantu.. aku tawakkal atas niat lillahitaala tp rasa kalo  betoi.. cam tak patut gak pakcik tu wat cam tu kan…entah la…

Aku setuju when u give , u will get back..tp dalam pelbagai cara, dan dalam cara yang berbeza…tapi nawaitu kita semestinya lillahitaala.. ikhlas nak memberi n jgn lak letak harapan sure ada balasan lak, ok.!. niat yg ikhlas Allah akan tetap redha.. yg tu sudah…!

Ciciwi menulis ^_^


Wings n Search de double trouble…

Semestinya tak dapat dinafikan, kumpulan rock wings & search ni lagenda rock la buat industry muzik Malaya kita ,memangnya superb menakjubkan. Walau pun usia semakin dimamah masa, tetapi semangat mereka masih tetap membara.kan? depa baru ja wat konsert Double trouble kat  Surf Beach Sunway Lagoon pada 25 Dis lalu..dengan kehadiran lebih kurang 7000 penonton.
Hrmmm masa konsert depa kat Bukit Kiara 1 mei dulu lebih kurang 20000 orang peminat serbu, kat penang 18 disember pun 7000 org gak.. (ni dari sumber yg aku baca la k)…kira dasat gak la kan buat industry muzik Malaya ni..
La ni ada ka artis melayu leh buat konsert cam ni.. asyik2 band indi tu.. (isk tak minat lansung)
Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan seperti Fantasia Bulan madu, Isi Atau Kuku, Sejati danGemuruh. Lagu medley seperti Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakila dan Meniti Titian Usang. 

 otai awie & amy

Amy tak nampak cam umur 50-an laa


sure best suara Amy time ni



saudara yazid yg macho

joe n awie

aku  minat  dua dua depa .. al maklumlah time wings tengah tip top ngan lagu taman rashidah utama tu .. aku masih sek rendah.. ok la.. still maintain. … tahniah tahniah tahniah dari ciciwi..

Monday, December 27, 2010

fit yourself in de box!

Asal aku berwatakkan agak gila gila, kaki gelak.. merapu dana n jenih sembang kuat kuat pnya.. tak control ayu la kira tu..jenih hingag pny style.. kalo sembang mau tangan melilau sana sini, kira cerita feeling habeh la tu..seb bek barang kat lengan ni kureng~ tidak kalu ala mami jarum la ..hihi

Bila jumpa marka.. (laki aku la tu.. aku ni admire gila kat dia dulu).. wah.. cam na aku leh tukag karakter lak hihi.. tiba tiba control ayu, control sopan santun .. dan dan tak gelak besag, tak sembang kuat kuat hihi.. hrmm 2 bulan couple ngan dia.. .. dia cabut!!! Huaaaaa.. nangeh tak belagu la jugak.. pas tu try gak nak ubah karakter ni, bg looks n sounds matured sikit hihi.. tak boley la..tarak boley…
7 thn dia (husband aku) menghilang.. time dia mai balik, terjumpa semula kira aku dah matured la sikit , da umug 26 thn tu.. hrmm tak control ayu… just be myself..
Wahh rupanya.. he is a type yg mau pmpuan simple.. n it s u.. not plastic! Hihi.. mana nak tau.. time dulu tu aku umug 19 n he was my 1st love…aku dok ingat lelaki sure mau pmpuan lembut lembut ayu kan.. hihi..
But not him.. dia mau yg hingag kot  

Then, pas kawin umug 27++, terpaksa la p lawat umah sanak saudara hsbd tul tak.. takkan nak kuag kan karakter kita yg gila gila ni..

Hrmmm seems like I was hardly tried to fit myself in de box!! Haha.. makcik makcik hsband pun agak terbekenan gak la ngan pilihan laki aku ni~ kononnya la ,  tu awai awai kawin hihi.. biasa la..even my hsband pny relative kata aku ni pemalu, tak cakap banyak.. baguih!! Hihi.. suprising u.. mana ada pemalu nie.. tak kena gu lagi..tungguu…
Ha.. year to come.. belang aku dok nampak dah, kena lak sepupu sepapat lebih kurang baya aku ja..ha.. kena lak ada yg gila gila.. hingag pny style kaki gelak.. apa lagi.. my true color dah kuag la hihi..
Pom pam pom pam la sembang.. hsband pn dah nampak my true color.. and selamba ja kata that’s my wife.. hihi.. ya, my husband jenih ‘please la be yourself’ not control control la arr .

masa berlalu, la ni  aku dah lama, dah leh  adapt ngan family depa, leh kata most of tu pun satu kapla jugak la.. best! aku dah try to fit myself.. but there is one thing u must remember..hihi.. be yourself! tp jgn la lebih  batasan lak, org t kenai kita melalui diri kita, budi bahasa, n yg mustahak hati mau baaaaik.. sure p mana pun selamat.. kan.. tp betoi la.. jgn la kita serbu teruih, kena baca rentak jugak.. takkan p umah makcik makcik nak sembang hingag hingag.. kena respect la jugak hihi..

Cam kalo p umah sepupu sepupu yg sbaya tak pa la .. ikut style la.. ada yg jenih sembang sopan, kita jadi sopan sat.. ada yg sembang kuat haaa.. aku punya suka la tuuu hihi.. yesss., that’s me.


So.. kena sesuaikan ikut la keadaan keadaan tertentu hendaknya…

ciciwi menulis ^_^



Saturday, December 25, 2010

Its Appraisal time...

 

Mai ujung tahun ni da stat la company wat appraisal untuk staf staf kan
Bedebaq bedebug la jugak hihi..
As usual , aku tak mo put high expectation sgt la.. tp kalu boley kasi la ok ok pny report boss hihi, bkn apa nak hambat performance bonus tu..Ala.. last year pnya performance out .. dapat rating aceptable ja hihi.. ntah la pasai pa.. sepanjang keja kat sini, 13thn ni…suma pun rating good ja,.tp thn lepas dapat acceptable’ la.. aiy yooo, nak boh good pun bos tgk keja aku ni ciput ja hihi.. tak sesssuuaiii la kan

May be coz mc kot hihi.. MC aku betoi betoi sakit kalu pun  dlm dua hari ja..Yg len len .. hrmm paham paham sendiri la hihi..so nak demand nak komplen pun tak leh la kan..(6 days mc per year = 1 day of  every 2months..byk ka?)hihi  
what is my rating this year ? outstanding-good-acceptable-weak.. haha.. dolu dolu penah dapat outstanding tuuu..sekitar thn 1999  .. tp tu la last year dapat acceptable –something wrong somewhere kot .(I told u-always look at your attitude hihi.. so ciciwi.. understood la arr).
Bossss kasi la lebey sikit ini tahun.. mc baru 5 hari ja hihi.. better than last year tuu . hahahahah.. gelak besag .. kurang 1 hari compare to last year… ish isk tak committed lansung! Hihi

Tu rating dari bos kat office.. kalu rating aku dari bos kat umah agak agak apa??

A Outstanding

Hrmmm no no no… I don’t tink so,tak rajin mengemaih- unmanageable

B. Good

Could be could jugak, tp mnyk menda kena pebetui ooo, kdg kdg simpan kain bj kat dalam almari susah ja hubby nak cari i.e stoking ka tuala ka, sat letak sini sat tukag tempat without his knowledge hihi..

c. Acceptable

boleh la kira acceptable.. kot, sbb masak ok, kemaih rumah ada sedikit jarrang jarrang hihi…basuh baju ada.. tp kadang kadang basuh ri ni. sidai esok , sidai esok .. lipat ntah bila hahahahaha

D. Weak

Laling, if u bagi rating weak kira….haaaa…. wa tak ley komen lo.., sendiri mau tau la kan hihihi..tarak performance bonus!!! Hihihi,..
Tarapapa..rating apa apun, ku redah jua…hihi

 

Ciciwi menulis..

 

 

Thursday, December 23, 2010

wrestler dulu dulu


Napa org dulu suka tgk wrestling, aku tak paham betoi..apa yg best depa dok tgk pun tak tau, pukui p pukui mai…beh tu kira 1 2 3 menang p dah, kdg2 tu siap main tipu lagi, angkat geng mai pukui si lawan..refree bengap t kasi menang jugak hihi..

Aku masa kecik kecik layan gak menda restling ni, hihi.. dasat dak??
Ni kiranya wrestler zaman aku kecik kecik dulu la …

Hulk Hogan
jake the snake
rick rude
Macho man
undertaker
The rock....



and


.
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.

.










ni mana mai... lak??
sampai la ni aku tak leh paham, bila time wrestling ni ja, mau penuh kedai kopi kat kampung aku, melangut dok tgk tv besag wayang tu hihi.. dah kue 11mlm .. pakcik pakcik.. balik tidog gi best hihihi


Monday, December 20, 2010

Sedikit Renungan...


UJIAN TANDA KASIH NYA

Ada hadis nabi berkata… adakah kamu mengaku beriman sedang kan kamu tidak di UJI?
Jadi Allah sebenarnya sayang kat kita .. lalu di turunkan sedikit ujian untuk mengukur sejauhmana keimanan kita terhadapnya.. sejauhmana kita mengaku Redha ngan pemberianNya. Cuma pabila kita di uji kita hampir tewas kepada nafsu.. kita mahukan hanya yg terbaik dalam hidup sedangkan Allah lebih Mengetahui apa yang lebih baik buat kita. Kita kadang kadang terleka di sebabkan pemberian nikmat kebahagiaan .. tp akan kembali sujud tatkala kita amat perlukan pertolonganNya. Di situlah bagiku Ujian tu tanda kasihNya buat kita.. supaya kita tidak terus terleka.. dan terlalai di sebalik kebahagiaan yg dikurniakan…

Firman Allah
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

-Al Baqarah-
 

Friday, December 17, 2010

tak terurus ke aku nie?

un manageable?

Semenjak ada blog ni (hihi baru 2 bulan ja pun), rasa cam tak terurus la, ngan anak yg umug 9 bulan dan yg kakaknya 4thn. Yg 4 thn tu ok la, boleh main sendiri boleh la bawak diri org kata ..

Time balik keja sampai umah kue 7 lebih, balik umah mak makan, rilek sat tunggu hsband balik dr keja dia lak, bila hubby lik, rushing rushing balik kami anak beranak suma sampai umah kami dalam kul 8.30-9malam..
Feeding baby, siapkan tempat tidug dia..mandi solat.. suma…
Pas settle bab tu, hubby kuag balik, part time cari extra income.. so tinggai aku ngan anak anak ja. Tot tet tot tet layan depa 2 org.. Kue 10-10.30 tidugkan baby n kakaknya dulu… haaa, time bg tidug tu la mula nak rasa mata ni shurrr ja hihi.. oppsss!!tak mo tidug lagi.. ada lagi satu baby nak di jaga jugak – CICIWI!!.. hahaa lately ni la..

Pas dah nengok , update la.. b/walking sat  (la ni dok cari code nak masukkan linkwithin tu , tak reti lagi hihi) lebih kurang, kue 11 atau kue 12 mlm baru tidug.. n de story begins.. am I not manageable??

My hubby da stat complain ni.. ha blog tu blog jugak, keja umah kena settle jugak la laling oi!!. Bj nak di basuh, nak di iron, nak di lipat.. pinggan mankuk in de sink must clear! Hihi..

Kalu dulu time aku dah settlekan anak anak normaly aku lipat kain bj yg da basuh tu, sambil mesinkan yg kotog kotog.. kiranya up to date la.. then, dapug suma perfect kemas.. hihi..

Dia da mula nagging nagging ni, bila dia nampak  bj belambak kt dalam bakui tu tak lipat lagi hahaha,, ada bj lagi yg pending tak basuh lagi punya hihii…Pok pek la jugak… sbb dulu time buat keja tu, la ni time tu aku dok berblog nieh hihihi..gelihati pun ada nie.. hihi… i realised that i'm soooo unmanageable when he keeps nagging me… pok pek pok pek..

Da la masa sabtu ahad, aku stay kat umah mak,, umah ter hanging cam tu, balik ahad, baru nak kalut kalut mengemas pa balaghana suma hihi..Huaaa…. Kalu la aku tau bloging ni masa anak dara dulu.. wahhh.. tentu byk masa for it kan kan kan?? but surely aku appreciate bila dia beletiag tu coz means he still concern on what I m doing kan.. kalu dia buat tak tau kalu, payah la.. kira dia tak amik tau hal kita la kan..

My laling.. sowwwy na.. sat cek buat.. kasi settle.. suma.
DONE!!! hihi..

ciciwi menulis ^_^


 

Marion Caunter Rose Abdullah...




Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Marion Caunter dah bernikah pada 16.12.10, di rumah SM Nasarudin. Nama Islam Marion Caunter ialah Marion Rose Caunter Abdullah dan telah memeluk islam sejak oktober lalu..

dah cantik berbaju pengantin lagi la cantik kan..sama cantik sama padan kan??


Tahniah n semoga bahagia selalu daripada ciciwi...

Wednesday, December 15, 2010

Sang isteri bercerita...

What would we expect in our love life?

Bila kita mula kenai, bila mula terbitnya rasa rindu, rasa teringin nak jumpa… sebab kita dah memang fall in love –die heart pnya, munkin terpaut kerana rupa, style, cara cakap..atau pun dari sudut tersirat nya perasaan yg lahir ni dah memang Allah yg bg rasa cinta ni untuk si dia..

Love means simply accepting individuals as they are, rather than expecting them to change, to be as we wish. Sometime as a wife ni , kita sayang kat husband kita, gila gila punya sayang. Kita tunjukkan kasih sayang kita
dalam pelbagai cara la.. hihi.. tp ada gak setengah laki laki ni.. dia memang sayang kat kita.. , tp tak pernah nak tunjuk kan..hrmm contohnya bila kita kata ‘I luv u’, dia reply balik  ‘thank you’ instead of luv u too.. hahaha.. lawak la..kan?, time tu kita rasa mcm mana.. ceh!! Kita tak dapat apa yg kita dah bagi tu?? Kalu dah tau cam tu, better kita tak yah la nak ucap ucap cam tu suma.. cuma nya kadang kadang tu, time hangin tengah baik tu, terasa indah.’dunia ana yang empunya’ nak juga ter wish miracle words tu kan hihi.. tp si dia buat rilek selamba ja..nasib badan la …hrmm unpredictable la  depa ni hihi..

So love memang pun, bukan sekadar memberi.. dan mengharap balasan yg sama..love is about we give sincerely what we would love to give., dan kasih sayang kita tetap di nilai Allah.. gaduh tu memang la gaduh hihi.. gaduh manja ala gaduh sayang gitu.. even though these three words seems negligible for them.. but for us.. wahh~ wei,. !! laki aku kata I love you arr.. haha ciciwi betoi….. ya la kita dok harap tiba tiba dia kata.. mestilah bsag hati woooo..

Haha.. sebab kita takkan leh ubah dia cam na yg kita mau.. tp kita leh ubah keadaan untuk dia memahami apa yg kita mau kan dalam alam perkahwinan kita…yes, bahagia tu rahmat… atau pun could be rahmat tu yang membahagiakan.. 
hrmmm rasanya rahmat la yg membahagiakan…biar pun kena redah mcm mcm..selagi rahmat Allah ada… tetapnya dalam lindungan Allah.. tentu akan rasa bahagia jugak.. Insya Allah..


 
ciciwi menulis ^_^
 

S & SS bertunang..

S & SS Bertunang…
Shuib n Siti Sarah bertunang.. 

Chori chori chupke chupke ~Akhirnya terbongkar jua kisah pertunangan antara Siti Sarah Raisudin dan Shuib Raja Lawak. Majlis yang dirahsiakan daripada pengetahuan media itu dilangsungkan pada 16 November lalu di Kuala Selangor.
Kata Shuib , kemungkinan besar akan melansungkan perkahwinan pada Januari thn depan.. eh?? Tak lama lagi la tuu kan..
Dengar tu thn depan,kira balik cuma lagi 15hr ja pun nak new year ni hihi
Berita gembira ini disampaikan sendiri Shuib kepada media sewaktu sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Palm Tree Resort Sepang.
 Daripada cicu.. bahagia selalu hendaknya noooo hihi… 

Tuesday, December 14, 2010

Baby tak mo minum susu....


Dalam byk byk dugaan dalam life aku ni.. yg paling tension skali.. yg paling bg stresssss sekali semenjak dua menjak ni adalah apabila anak aku tak mau minum susu.. hihi.. mau hangin satu badan bila dia tak mau minum susu..

Seusia dari 2 bulan(after my maternity leave)  tu.. susah sangat nak minum susu.. dah mcm mcm susu aku tukag.. imagine la dia minum 2 onz kul 7pg.. sampai kue 12tghari tak mau minum lagi.. dok buang ja susu tu.. hrmm try bagi dia tak nak.. dia tak nangeh lapag apa pun.. dia just rilek ja.. tidug pun sat sat.. hihi..

Aku naik heran sbb yg aku tau, bby boy minum susu byk.. tp mamat sorang ni jenuh nak paksa baru dapat 3 onz. Pernah gak mak bg 2 onz melalui stringe tu..hrmm, sian kat mak.. susah payah.. demi cucu lelaki sulung nya…hihi

Lepas 4 bulan baru ok, dia minum steady 5 onz… memang pun berat dia naik wlpn sikit sikit..yg tu aku kena sukurla.. even by right berat kena naik 500gm to 600gm setiap bulan..tp dia just naik 300-400gm .. hihi.. ok la kot..

Mai time 5 bulan dah steady la sebb dah kasi makan moi n nestum beras tu, ok la..lega dah tak tension hihi

Tp la ni dia buat perangai balik…!!!! Eee.. nek tension vs stress ni.

Dalam miggu ni.. dia tak mo minum balik..  Hihi.. geramm mak nenek bila dia meronta ronta time aku nak susukan dia , tp dia sihat la alhamdulillah, makan suma ok.. cuma susu tu ja.. dia buat slow..

Aku tak kisah dah soal berat dia.. tak loghat apa dah.. wlpn nampak kecik tp berat dia standard tak masuk line kuning dalam graft tu .. ok la.. sukur.. tp napa susah benor nak minum susu ni!! tension mama nak ooi

Takkan nak tukag susu lagi kot….
 Here is some possibility napa dia tak mou minum

*dia nak tumbuh gigi.. (dah 9bulan takdak gigi lagi )
*dia nak atug langkah (la ni dok merangkak n berdiri)
*dia kenyang sebab mkan moi..ka?

hihi.. ntah la, ada sesapa yg tau tak napa dia tak mou minum susu, mai la share pls..

selalu bila ada dugaan kan,, I will assume that I might did something wrong somewhere~~..could it be part of the reason??hrmmmm munkin!!


MAMA loves you Adif.. pls la minum susu …J

Monday, December 13, 2010

Khasiat Asam Gelugor

Khasiat rebusan asam gelugur 

Nice info to share...




ADA wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.
Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.
Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.
l HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
l Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Sumber :  Utusan Msia


Marah tu perlu??







Selalunya org sebut marah tanda sayang…tak tau la nak kata betoi ka dak..tp rasanya marah itu perlu kadang kadang untuk kita lebih kenali pasangan kita.

Ya, kalu kita tak marah, munkin pihak sana tak tau yg kita tak suka sesuatu perkara tu, dan bila kita express kan rasa marah tu.. secara tak lansung kita dok bg tau benda yg kita tak suka, jgn buat dan jgn dok buat dah !! rasanya better kuarkan apa yg kita dok rasa tu, either marah sbb tak leh tahan dgn kesilapan yg besag.. atau pun bincang ja tentang kesilapan tu. rasanya kalu hati perut tengah geram nak bincang rasionaly tu susah la rasanya, tp kalu marah rasa tersembug kuag suma.. lega!!! Hihi..better dari simpan dalam hati.. sbb nya bila tersimpan dalam hati, timbul dendam bara, lama lama tersumbat.. kalu terpecah meletup nanti.. haaa… lagi teruk.

Marah tu perlu la.. sbb dengan marah kita tau apa yg suka apa yg pasangan kita tak suka.. sama gak ngan mendidik anak, rasanya kalu dia buat salah, takkan kita tak marah kot.. mesti lah marah untuk mendidik dia.. untuk bg tau menda yg silap n salah..kalu tak marah.. dia takkan tahu benda yg dia dok buat tu salah~` kan?.. Hrmm nak kata marah tanda sayang.. boleh jadi la bab mendidik anak, supaya anak jadi elok beradab dan nak  bentuk jadi terbaik .. tp marah aku selalunya time tak mau dengar cakap.. ketegag (degil) n aku naik geram hihi.. lupa dah sebenag nya nak tegug atau mendidik hihi.. marah sebab geram ngan perangai, even my kid is just 4yrs old, but sometimes I make my own assumption, that she is enable to obey all my instruction 100%.. hihi,, tak logic la.. kan. Tp kerana geram.. marah la jugak.(letak tepi ja pun marah tanda sayang tu)

Hsband marah kat isteri tanda syg gak ka? Hihi.. salah kalu kena marah.. ok la.. tp bang patut patut dah la na hihi.. takkan pasai roti benggali lupa beli pun nak marah hahaha.. (contoh la)..tarapapa, marah itu perlu tp jgn la selalu, tgk la sebab musabab nya, keadaan sekeliling nya kan..main hantam dok tak dok marah.. tu tarak boleh laa aaar. Terguris hati, terhiris perasaan tau..kalu selalu marah marah pun.. lama lama org tak heran jugak..so make use ‘marah’ to the right situation, right reason n right person!!! Hormat org yg lebih tua dari kita, kalu depa buat salah sikit,bukan la nak marah depa seperti marah nya kita pada pasangan, pada anak-anak atau pun rakan rakan sebaya.. mau kena la caranya.. kan..




cute nya kan.. marah cam ni 

Finaly.. as to conclude word of marah, haha.. my laling~~~

Pen merah
Pen biru
U marah
I lagi love u..hihi...



 Ciciwi menulis ^_^

Friday, December 10, 2010

Saham Akhirat

Salam..
Terima email ni dari seorang rakan, mungkin sumbangan dari sudut kwangan setakat termampu ja, tp rasa terpanggil untuk publish kat blog ni (mentang mentang la da ada blog hihi)
Buat sapa sapa yg sudi n ingin membantu.. luangkan sikit masa untuk baca email ni k

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: Khairi KhairilAnuar-CKK099
Sent: Friday, November 26, 2010 10:45 AM
Subject: Saham Akhirat...

Assalamualaikum wbt...

Pada hari raya qurban minggu lepas, mungkin ada di antara kita yang terbaca disurat khabar atau terlihat di TV berkenaan kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya Utara-Selatan berdekatan dengan Slim River yang mengorbankan 4 nyawa. Secara lanjut berkenaan peristiwa berikut, boleh lah tuan dan puan lawati link dibawah.

http://www.bharian.com.my/articles/Empatterbunuhpulangberaya/Article/

Mereka yang terkorban adalah pasangan suami isteri Shaiful Fadzilah dan Siti Suzana Mohd Nor bersama dua orang anak kembar mereka iaitu Fitri dan Fikri. Yang terselamat di dalam kemalangan tersebut adalah Firdaus (anak sulong) dan Fatihah (anak bongsu). Kini kedua-dua anak mereka yang terselamat menjadi yatim piatu yang sementara ini diperlihara oleh datuk dan nenek mereka di Lenggong.

Saya adalah sepupu kepada arwah Shaiful Fadzilah yang cuma ingin memanjangkan kepada tuan dan puan sekalian yang mahu memberikan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan kehidupan anak-anak yatim ini yang baru kehilangan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Sekiranya ada diantara tuan dan puan yang ingin memberi sumbangan, boleh lah menyalurkannya menerusi akaun BSN seperti yang tertera dibawah ini:-

Bank: BSN

Nama: Firdaus Bin Shaful Fadzilah

No Akaun: 08218 41 00001 5004

Sumbangan daripada tuan puan amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Semoga pemberian saudara mendapat ganjaran pahala di sisi Allah swt dan menjadi saham buat tuan puan sesudah mati sebagaimana mafhum hadis Nabi saw yang biasa kita dengar iaitu "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang mendoakannya".


Dan sebagaimana yang disebut di satu hadis Nabi saw yang lain antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah di hari Akhirat iaitu "Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahasiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan"

Saya berharap agar tuan dan puan dapat mendoakan sepupu saya dan isterinya di ampunkan Allah akan segala dosa, di jauhkan daripada siksa kubur dan mereka serta anak-anak mereka yang terkorban agar di tempatkan oleh Allah bersama-sama dengan orang-orang yang mendapat Rahmat-Nya.

 

Allahumagfir Lahum Wa'afihim Wa'fu'anhum....

 

Yang Benar,

Khairil
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

semoga roh mereka di cucuri rahmat.. al-Fatihah...

Thursday, December 9, 2010

Mere Bachpan ki kahani

Mere bachpan ki kahani…         
(kisah zaman kanak kanak aku) – takes about 4 minutes to read ya…
 

Salam.ri ni mood aku cool, keja tak dak kat opis, mood tgh termenung ja.. tiba tiba teringat zaman kanak kanak aku dulu.. (bachpan ki kahani – Hindustan pny bahasa daa)

Aku di besarkan dalam kuarga yg nak kata senang pun dak, nak kata susah ~ hrmm boleh la kira susah gak kot, di kampong yg 60% penduduknya bekerja sebagai nelayan
Bapak aku (aku panggei ba) bekerja sebagai buruh am atau pun tugas sebenar tu tukang kebun dibalai polis saja.Imagine pandapatan bulan hny 70hengget perlu menyara family nya.., ya.. perit gak la.
Keadaan umah aku cam umah kampong dulu dulu, yg bertiang bulat tu, tingkap daun (tingkap papan), rumah atas yg bumbung nya boleh dicecah ngan sedepa tangan bapak aku ja hihi.. rendah la.. bilik satu ja, kat bawah ada dapug, n ruang makan.. n panchog (bilik air) tak dak bumbung, Cuma berdinding tin ja..hrmm dah imagine?? Hihi
bukan rumah aku,tp lebih kurang cam ni la


Pas tu kan, kami skuarga bkn nak kata hebat apa pun, pengangkutan utama famili aku tu basikal tua buat ba p kerja.. n basikal mini buat mak p market… tu kiranya sekitar aku n kakak aku masih kecik lagi. dlm thn late 1970an – adik aku lambat sikit dia thn 1980 an
Ba seorang yg bekerja kuat.. tidak hanya mengeluh dengan nasib atau redha saja. Balik keja tukang kebun, ba akan jadi nelayan, time petang mak akan siapkan cucug pisang ka, cok kodok ka buat bekalan untuk ba di tengah laut nanti.. dngan satu bekas air teh ‘o’, ingat lagi bekas color biru hihi, ba cari rezeki sampai pukul 12 malam.. esok pagi keja balik kat balai tu ..ya la nak cari rezeki buat kuarga..
L sedey..ni
Pas tu year to year, nak p sekolah kami belanja makin meningkat.. mak amik upah jaga anak misi (nurse) dengan pendapatan bulanan 100hengget, disamping mula amik upah jahit baju kurung…
Ya keadaan rumah masa tu, tv yang peti besag tu bercolor hitam putih, tak dak color ja pun hihi, dapug pun pakai dapug minyak gas, tak dak sinki pun, nak basuh pinggan mangkuk kena basuh kat panchog (bilik air yg bila hujan tak dak bumbung hihi..)


basikal ba, lebih kurang cam ni la..
dapug minyak gas

TV peti time aku kecik dulu

Tu la.. mcm mana bekerja kuat pun, ba tetap pastikan makan bersama anak anak tiap tiap kali kami balik sekolah,, kami jalan kaki ja tuu hrmm jauh la jugak.. Ya Allah rasa susah nya dulu, nak mkn aiskrim cornetto pun sebulan sekali bila ujung bulan ba dapat gj L sedey ni,… kami naik bas ja p tanjung (town) untuk beli baju raya., ba akan tetap make sure baju raya bersalin n mesti beli di shoping complex, bkn tepi jalan atau pasar malam, ba pastikan kami dapat bj yg beli kat ‘super burma road’ atau pun gama… (shoping complex paling lama kat penang- la ni super burma road tu tak dak dah)…
Rentetannya… dgn mak ada sikit exta income, ba usaha keras, amik lesen tksi pulak..
Lepas dapat lesen teksi, ba bawak teksi as part time menggantikan nelayan..pendapatan skuarga mula berubah.. ya, umah pun dah ada peti ais, tv pun dah beli yg color.. hihi.. pas tu umah pun ba dapat buat renovation, menggantikan tingkap daun n tiggikan sikit umah, tukag bumbung suma… dan pas tu kan dpt beli kusyen kayu.. fuhh byk menda da berubah.. dapat beli mesin basuh suma.. panchog pun dah leh boh bumbung hihi.. tidak kalu, mandi time malam leh Nampak bulan bintang hihi

Aku berazam, bila dah besag dah bekerja nanti, aku nak tolong mak n ba, renovate umah, ni nak bantu mak n ba apa yg patut.. yes..
J, I d ve done it…dapat bonus, aku renovate panchog tu , boh marmar.. hihi.. dan pas tu next bonus.. share share among us, buat dapug ngan cabinet marmar .. lantai dapug pun dah marmar.. cheywwah all had changed!!! Hihi..

Ni bunyi hepy la..pulak.. haha.. aku pnya target before aku kawin, mak n ba dapat rasa complete .. suma, aku share ngan ba beli keta second hand Nissan sunny.. year to year.. da mampu tukag ke Toyota corolla SE … n pas tu  la ni pakai wira aeroback.. ba lak dah mampu miliki teksi sndiri, permit sendiri…… even though for some of us, it would seems nothing sepesial la.. tp as aku yg merasai perit tu.. la ni, rasa teramat sukur.. teramat gumbira..bila mak n ba dapat rasa apa yg org lain rasa..hihi,, tak perlu susah naik bas ke tanjung …tak yah lagi boh plastic kat bumbung umah bila ujan (sbb tirih-bocog) hihi..

Sukur…

Ada lagi rententannya…. Mere bachpan ki kahani.. tapi mai time anak anak aku dah lemak byk depa ni.. nak apa kebanyakkan nya dapat la., aku pernah susah, pernah kena rotan ngan ba sbb ketegag (degil) nakkan barang yg mahai tp ba tak mampu time tu.. tp ba gantikan benda yg sama tp murah la sikit (lepas kena rotan sbb tak paham bahasa hihi)….fuhh, taraf hidup sngat berbeza la ni, anak aku bila dapat naik bas ciciwi~ too excited.. sedang kami dulu kalu dapat naik kereta even keta sewa pun dah perak hihi….

Ya.. what past surely past.. kenangan tu tetap terpahat.. aku suka hidup aku yg lama jugak.. famili kami sgt best, hapy ja.. snyum tawa masa makan tghari besama sama, seb beik anak anak ba exam suma pun ok.. tak la ba rasa ralat sgt kan… aku tak sambung study coz tak sggup ba susah lagi, tak sggup tinggalkan mak n ba… hihi.. so ngan taraf study ni aku dapat keja ni.. sukur la gak.. …

Alhamdulillah….

Terima kasih baca entri ni…luahan rasa dari insan kerdil…hihi,.,keperitan yg telah dibyr ngan usaha keras dari ba n mak.. aku takkan lupakan…(sounds sensitip lak ri ni,...)


Tq tq tq…. Mak n ba.. adik sayang sgt sgt.. moga Allah sentiasa bg keceriaan di hati mak n ba.. hamesya ki liye(selamanya) amin hihi…

Ciciwi menulis^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik klik

There was an error in this gadget