Bila Hati Berbisik 2

Mencari redha.. mencari tawakkal, mencari takwa.. mencari iman dah ehsan…
Sukar kah untuk kita menemuinya… di atas bibir.. terlafaz sudah, di dalam hati.. katanya tertanam sudah…namun.. sejauhmana rohani menerima nya…
Tiap sujud mengharap belas ehsan Allah, mengharap kasihnya Allah, memberi segala RahmanNya, dan RahimNya..yg Maha Luas sifatNya, didalam doa , tangan kita tadahkan…tetap kita dambakan kasihNya…
Susah untuk meluahkan Nya di atas bibir mahupun di atas kertas.. kerna biar jiwa yg sentiasa patuh tunduk sujud .. berkalam tatkala sedang mengadapNya..’
Sesungguhnya Allah adalah dekat, namun jauh kita rasa kerana sifatnya manusia biasa yg tercalit  dengan dosa. Tak tergambar betapa alphanya kita dibuai keindahan dunia yg sementara, mencari kebahagiaan dunia yg indahnya tetap sementara, hingga lupa bahagia yg kekal di alam sana, masih tercari cari jalannya, petunjuk di sediakan sudah.. namun masih juga leka mencari lazatnya hidup di dunia..
Sesungguhnya.. kita tetap sedar, sedar akan kealphaan diri ini, tetap jugak tunduk mengadu..tatkal ujian datang melanda,  di kala air mata jatuh memohon agar di beri petunjuk dan hidayah, mecari pengampunan dari Mu.. indahnya rasa ketika itu.. dekat nya rasa tempat kita mengadu, Ya Allah.. Maha Suci sifat mu, tercatat segala keindahan diatas 99 namaMu, mewakili sifat Mu yg Maha Sempurna dari segala apa ..biar takwa, atas iman , biar iman di ikhlas kan jiwa… tidak kerana terpaksa sujud ku padaMu yang  Maha Suci, tidak kerana nama rukuk ku padaMu yg Maha Mulia.. tunduk ku pada Dzat yg menciptakan…, sempurnanya sifatMu.. Segala puji bagi Mu Tuhan sekalian alam..
Mencari cari Dzat yg katanya tersembunyi…jauh rasanya, kerdil rasanya, rendah rasanya dengan apa yg sedang kita lakukan terpalit dan tercatat sifat nya kita manusia biasa yg selalu di buai alam yg mengasyikkan , alpa sudah jadinya..
Bila hati ini berbisik.. tiada apa yg dapat ku ungkapkan lagi.. semuanya pada kala jiwa ini .. merenung sifat Mu Ya Allah..99 nama Mu di depan mata… satu menjadi rahsia.. selidik dan periksa… bertentang dengan mata….

Wallahualam…

Comments

Popular posts from this blog

acute stroke_part 3

Cici al sekerat jalan..

MY LALING...