Kita takkan miliki segalanya…

Ungkapan ni terdengar kat Sinar FM kemarin.. cam na bila seorang pemanggil cerita perihal life dia, tp dalam rasa yg tenang dan besyukur..
Ya .. memang betoi pun, dalam hidup ni, kita expect segala kesempurnaan dalam hidup kita, takut nak terima kesedihan kepiluan, segala mcm kerunsingan., dan kita semestinya perlu jugak tempuh sedikit sebanyak ujian dalam life kita.. kan.. Ada yg kita nampak banglo dia tersergam indah, anak anak baik budi pekerti, isteri n suami soleh.. tp di uji pulak dengan penyakit penyakit yg perit untuk kita terima, yg semestinya dinamakan ‘ujian’.. takkan terhenti.. selagi hidup ni..
Dan ada pulak bila kita tgk , nampak cam susah dari segi wang ringgit, tp bahagia senyum di bibir bila dapat membesarkan anak anak, wlpn keperitan tu terasa.. namun rasa besyukur tu buat depa rasa bahagia.. kan?? Boleh jugak kita nampak pasangan romantis.. anak anak sempurna, segala keindahan tu terpancar dari sudut mata kasar… tp masih jugak ada kekurangan, ujian dugaan mai dalam pelbagai bentuk.. unpredictable…
Ada jugak, senang dari sudut wang ringgit.. mewah.. tp jiwa masih kosong… terlalai di sebabkan kesibukan mencari harta dunia… lalu ditimpakan pelbagai jenih masalah, hutang piutang, zaman kejatuhan di sebabkan lupanya sedekah dan zakat.. mcm mcm la bentuk kelalaian manusia ni.. ya.. bila ter uji sikit baru la kita cari sujud tu tadah tangan mengharap pengampunan… dan untungla kita kalu diberi pengampunan dari yang Esa…
Kita ni bkn apa.. rasa bersyukur tu la sebenarnya buat Allah lipatgandakan nikmatnya kat kita.. ya, betoi…tuu, percayakah seorang hamba Allah yg miskin, tp sentiasa bersyukur dengan apa yg dilalui, tiba tiba dapat rasa nikmat pemberianNya bila dia berkesempatan tengok anak nya ke menara gading? Tentunya sebak didada.. kan, bukankah keperitan tu pernah dilalui…???
Ya.. semestinya redha dan syukur tu la yg membawa keberkatan, dan andai kita mengeluh.. sudah tentunya.. ujian tu masih tidak redha kita terima.. ..

Kita takkan miliki segalanya.. ya.. I do agree with it.. selalunya ada saja yg terkurang dalam hidup seseorang.. munkin kita takkan sempurna… tp kita berusaha menghampiri kesempurnaan.. bila mana bahagia tu rahmat… tentunya sukur n redha tu seiring.. tanpa perlu kita mengeluh ,seandainya rahmat tu sentiasa ada…tentunya bahagia wlpun kesempurnaan tu masih jauh….

Hrmm cici pun sama.. ada saja yg tak cukup niehhh hihi.. nak pebetoi bkn senang, nak cari sukur n redha tu.. air mata mesti jatuh jugak… so, sedag la kita suma ni.. dugaan tu setimpal dengan apa yg kita mampu terima, cuba kita duduk di tempat org lain,, munkin kita tak mmpu hadapi apa yg sedang dia lalui… kerana ujian Allah akan datang seiring dengan apa yg mampu kita terima.. mudah2 an…
Semoga kita dirahmati.. semuanya AAAMIN..



Comments

Popular posts from this blog

Final AJL 25

Cici al sekerat jalan..

MY LALING...