Revolusi sistem pendidikan di India

LANGKAH kerajaan India memperkenalkan prototaip komputer tablet ciptaan mereka yang berharga AS$35 (RM109) pada Julai lalu mendapat liputan daripada seluruh dunia.
Pada pelancaran produk tersebut, Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal memberitahu, India akan muncul sebagai sebuah negara hebat dengan penggunaan teknologi pada harga yang rendah.Sibal turut mendedahkan harga untuk sebuah gajet itu bersamaan sebuah iPad Apple iaitu AS500 (RM1,567).Menurut satu kenyataan rasmi, harga gajet skrin sentuh itu yang disasarkan untuk penggunaan kira-kira sejuta orang pelajar di India boleh dijual pada harga AS$10 (RM31) jika permintaannya bertambah.
Dari segi spesifikasi, komputer tablet yang masih belum diberi nama itu dilengkapi kuasa tambahan selama tiga jam, pelayar Internet, pemain media, keupayaan persidangan video, penstoran data, pemacu cakera keras dan kamera web.
Komputer versi asas
Sebelum ini, rakyat India pernah berjanji bahawa penggunaan komputer riba pasti akan mendapat sambutan.
Difahamkan, sebanyak 100,000 unit komputer tersebut akan dipasarkan pada Januari 2011, namun butiran lengkap mengenai spesifikasi sebenar gajet itu masih belum diputuskan.
Pada masa yang sama, beberapa pakar turut memberi amaran bahawa gajet tersebut mungkin akan bergelut dengan isu seperti menggunakan barangan import murah dan peningkatan caj buruh yang tinggi yang bakal ditanggung oleh kerajaan India.
Sebagai rekod, sebanyak 61 peratus rakyat India dilaporkan jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju lain seperti China yang jauh ke depan dengan 92 peratus, tetapi masih berusaha untuk memajukan sistem pendidikan mereka.

Justeru, perancangan komputer tablet merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan jumlah pelajar mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, mendedahkan mereka dengan kemahiran teknologi yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi di India.
Persatuan Satu Komputer Riba untuk Seorang Kanak-kanak di AS sebelum ini agak sukar untuk mencapai sasaran, tetapi kini ia menuju ke frasa baru iaitu dengan menggunakan komputer buku pada harga yang rendah.
Hrmm canggih la jugak dah depa ni kan…kalu depa boleh...Malaysia pun pasti buleh hihi!!!

Comments

Popular posts from this blog

Final AJL 25

Cici al sekerat jalan..

MY LALING...