Tun Mahathir Kekok ditemu Bual Datuk Siti Nurhaliza

Bicaranya lembut tapi penuh makna tersirat. Setiap bait kata terkandung hikmah untuk dijadikan Semuanya menjelma tika mantan Perdana Menteri ini hadir sebagai tetamu istimewa dalam program bual bicara SITI. Walau sudah mencapai usia 85 tahun, namun Tun masih gagah berjalan dan mampu berkongsi memori kisah hidupnya bersama tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Tun melahirkan perasaan kekok apabila ditemu bual oleh Siti, seorang selebriti popular tanah air.

"Selalunya saya hanya mendengar Siti menyanyi, namun hari ini dia yang temu bual saya. Rasa ganjil sedikit. Program begini bagus untuk kemajuan industri hiburan, ini peluang yang bagus untuk meluahkan pendapat.” Ujar Tun
Usia makin dimamah masa dan Tun selayaknya diberi peluang untuk berehat menenangkan fikiran setelah 22 tahun menerajui tampuk pemerintahan. Namun idea bernas dan nasihatnya sentiasa diperlukan, malah Tun mengakui hari-harinya kini lebih sibuk berbanding waktu menjadi Perdana Menteri.

Program SITI bakal bersiaran setiap Sabtu dan Ahad mulai 12 Februari 2011, pukul  9.00 malam di saluran Astro Ria (104).
Jangan lupa tonton tau!
Aku memang mengagumi Dr M, maklumlah membesar di zaman pemerintahan nya kan…salute tabik spring dengan semangat DR M menaikkan nama Msia n masyarakat Melayu.. sayang Tun., semoga Allah sentiasa rahmati kehidupan Tun sekuarga..

Comments

Popular posts from this blog

Final AJL 25

Cici al sekerat jalan..

MY LALING...