3 kategori budak sekolah..


 

Baru baru ni saja layan baca buku dari Dr HM Tuah Iskandar bertajuk ‘Buat Sampai Jadi’ .. ok jugak isi kandungan dalam buku tu, cara olahan yang bersantai dan baca pun dah termenarik sbb ada unsur humor dalam tu… antara yg menarik dalam tu boleh yang  boleh aku share sesama kita ni bab nak mendidik anak.. mai la jenguk jenguk rumusan dari hasil bacaan ni dengan cara aku la – cici hihi..

Kategori pertama – anak yang tak perlukan pemantauan

Maknanya dia tau apa yg dia buat, apa yg perlu dia buat, yang tu kategori budak bijak pandai, exam leh score A1 tak yah risau punya

Kategori kedua – anak yang pahat dan penukul –sekali suruh sekali buat

Anak anak yang jenis ni peratus untuk diselamatkan lebih besar dari peratus untuk terus rosak. Bagi anak anak dalam kategori k 2 ni, motivasi dalaman untuk membawa kesedaran dari dalam dan keinginan untuk merubahnya amat penting. Salah satu cara ialah perdengarkan depa dengan hadis hadis tentang kelebihan menuntut ilmu. Cerita kat dia betapa malaikat mengibarkan sayapnya terhadap org yg menuntut ilmu. Anak anak kita kdg kdg pressure bila kita suh baca buku untuk lulus peperiksaan dan dapat kerja yg baik, suma org akan kata cam tu kan..so cari kelainan sikit. Boleh jugak kita bg tau kat depa apa akan jadi kalu suma org ambik sikap tak kisah dgn pelajaran,,.kemunduran, kemiskinan.. dan diri kita yg akan di kuasai oleh bangsa lain yg lebih hebat..la ni depa nak makan apa suma dapat, tak susah semuanya terhidang di meja, so boleh juga terang kan kat depa hakikat kesusahan tu sekiranya tak dak pelajaran!..
Di sebalik usaha kita, tentunya kita kena seiring kan dengan doa.. ya la boleh buat seribu macam usaha tapi berjaya atau tak tu tetap kuasa Allah Taala. Bukankah doa tu senjata org mukmin.
 
Kategori ketiga – kepala batu @ tak makan saman

Anak anak yang macam ni sebenarnya bukan kita saja yg jadi guru depa, tetapi ramai guru yg kebykkan nya yg merosakkan pemikiran depa..so kena ambil langkah seawai  munkin untu membendung.. first of all sure la agama yg perlu dititikberatkan. Kena bg tau kat depa dosa n pahala, even p sekolah kelas agama pun munkin depa ikut teori untuk jawab peperiksaan, tp dari sudut akal n iman tak betoi betoi paham tuntutan tu. Kalu ikut dr penulisah Dr HM Tuah ni pakar psikologi, dia terangkan kita beberapa kekuatan diri kita melalui bulan yg dilahirkan.. so kita leh bantu remind kan kat depa yg sebenarnya mereka boleh berjaya kalau berkeinginan untuk berjaya. Semestinya kita kena sentiasa mengawasi dan mendekati depa denga cara yg paling diplomatic supaya depa tak memberontak..

Ya .. betui la, sangat betoi apa yg cuba di sampaikan dari DR HM Tuah ni. kan.. aku rasa aku ni dalam kategori ke 2 hihi.. sekali mak pak suh baca buku baru nak baca..mkin doa depa yg selamat aku tiap tiap kali exam .. so nak kena juga perbaiki diri untuk kita pulak menyampaikan kat anak anak nanti..

‘ kena tolong depa agar dapat membina imaginasi cemerlang dengan melihat semalam, menilai hari ni dan meramal masa depan” hrmm menarik jugak kan kan kan..

‘ orang lain dapat menghalang kita buat sementara, tapi kitalah yg menghalang diri kita buat selama-lamanya’….

Ada paham??? Hihi.. do agree with you DR Tuah..thanks for a such good info for mumy mumy like me :-).

 

 

 


 

Comments

Sarah Abadan said…
hmm thanx for sharing...best ea buku Dr HM Tuah? saye slalu nampak buku2 beliau di kdai2 buku, tapi x beli pun...insyaAllah nanti saye beli :)

Popular posts from this blog

Final AJL 25

Cici al sekerat jalan..

MY LALING...