Gossip atau mengumpat –sama ka??

Kdg kdg kat email berjela, forward p forward mai akan terkuag la cerita gossip artis Malaya kita buat benda yg tak senonoh la , keburukan dia la.. kebaikkan dia la, aku pun memang tak terkecuali gak benda benda cam ni.. mcm baru baru ni.. ada email
dok sebar kan tentang Fazura puny cerita.. dot dot dot…pas tu kan.. as usual la.. kita pun sonok la forward sana sini.. kononnya tak niat la nak malukan dia sbb kita tak kenai dia kan, saja for fun
J

Sekali tu pas aku forward kat colleague office tu,,. ada satu mamat ni.. dia
buat kuag hadis ni mai kat aku..Hrm,, again..rasanya leh share sikit sebanyak hadis mengenai mengumpat ni..

Mengumpat era moden
J .. tp hukumnya.. sama la kot kan ..


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai
mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu
menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"

(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa
buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula
daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa
yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar
bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang
diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu
akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat

abda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila
dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang
melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang
yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh
semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda
Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu
mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"

(Hadis riwayat Abu Daud)

Pas terima email dari mamat ni .. terkedu la sat.. ala kita rasa menda menda
ni biasa ja tak niat nak mengumpat kan…. Tp ianya di kategorikan sbg
mengumpat la pulak..once again nak Tanya ni…mengumpat ni selalunya pmpuan
kan hihi.. ya ka erk??? La ni lelaki pun sama tumbaih kot.. hahaha..same to
same ..:-)
 
CICIWI MENULIS ^ ^

Comments

Popular posts from this blog

Cici al sekerat jalan..

acute stroke_part 3

MY LALING...