Kandungan nutrisi penting dalam perkembangan otak baby

Kandungan nutrisi penting dalam perkembangan otak baby

Kandungan nutrisi yang terbaik untuk otak bayi adalan Air Susu Ibu dan makanan yang mengadungi nutrisi penting, seperti Protein, asid lemak perlu (EFA), Kolin, gangliosida, besi dan vitamin. Berikut adalah beberapa nutrisi penting untuk Perkembangan otak bayi

*Protein*
Komponen asas protein adalah asid amino sebagai struktur pembentukan otak.Beberapa asid amino seperti taurin, triptofan dan fenilalanin mempunyai peranan penting sebagai neurotransmitter. Beberapa makanan yang tinggi protein Adalah ikan , susu (Air Susu Ibu & susu formula) daging, telur , soya dan lain lain

*Asid Lemak Perlu*
Asid lemak essential sgt penting bg otak bayi. Beberapa asid lemak essential adalah seperti Asid Arachidonic (AA) dan Asid docosahexaenoic (DHA) diperlukan untuk membantu perkembangan saraf dan boleh meningkatkan kemampuan untuk menyelesaikan masalan (problem solving intelligence) bayi. Selain itu , AA dan DHA juga mempunyai fungsi yang berguna untuk mengoptimumkan pembangunan retina bayi

*Kolin (Choline)*
Kolin adalah sejenis neurotransmitter yang disebut pembentuk asetilkolin. Kolin juga merupakan sebahagian daripada lesitin (lecithin), yang dapat membantu proses pembentukan sel saraf

*Zink*
Selama masa pertumbuhan, zink memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi dan perilaku. Kurangnya diet zink pada bayi boleh menyebabkan munculnya beberapa masalah pembangunan seperti lemah, defisit konsentrasi, emosi, kemahiran motorik dan memori.Zink boleh didapati dari makanan yang tinggi kandungan proteinnya seperti daging, daging ayam, ketam dan salmon.

*Gangliosida (GA*)
Ganglisosida sangat penting bagi kecerdasan bayi, memori, merencanakan fungsi utama dari otak, dan pembangunan sel saraf. Ganglisoside berperanan sebagai modulator yang menghantara maklumat dan merakamnya di otak. Ganglioside banyak terkandung dalam susu ibu, khususnya dalam enam minggu pertama menyusui

*Besi*
Mikronutrisi ini adalah nutrisi yang paling penting dalam perkembangan kognitif bayi. Juga, besi mempunyai fungsi sebagai kofaktor enzim yang membantu dalam proses meabolisme tubuh. Kekurangan zat besi akan menyebabkan gangguan dalam perkembangan mental bayi dan psikomotor

*Vitamin B Kompleks*
Beberapa jenis vitamin B yang diperlukan untuk proses pembangunan otak,vitamin B1, Vitamin B6 dan asid folat (Vitamin B9). Jika keperluan gizi ini tidak dipenuhim, maka perkembangan otak dan system saraf akan terganggu

Selalu kita mengatakan bahawa ada dua factor utama yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kecerdasan bayi, kecuali factor genetic yang diwarisi dari orang tua dan tidak dapat diubah lagi. Masih ada dua factor yang boleh kita lakukan untuk membuat otak bayi berkembang dengan sempurna, iaitu stimulasi dan nutrisi…


Sekadar info from a mama to a mama ya...

CICIWI MENULIS ^_^ 

 

Comments

Popular posts from this blog

Cici al sekerat jalan..

acute stroke_part 3

MY LALING...