Tu la.. jgn main tuduh ja..

Al kisah, ada la terjadi kisah benar ni kat kmpung aku tinggal ni. Ada seorang gadis (aku namakan Cek Wie) telah berkahwin ngan salah satu jejaka kat kampong ni. Pada awalnya mak si jejaka ni (aku namakan Mat Jep) tak bekenan n tak bg Mat Jep ni kawin ngan Cek Wie ni, ada la disebabkan perkara perkara tertentu. Pas tu nak dijadikan jodoh kawin jugak depa dua orang ni. Cek wie ni sebatang kara, jadi keduri kawin depa, aku n kuarga aku la jadi kuarga ankat dia sebelah pmpuan.. disebabkan budi bahasa cek wie ni baik, kami pun backing dia mcm kuarga sendiri. Pas tu dia pun kawin la..
Si Mat Jep ni ada kakak sorang.. depa kawin same day n besanding dua dua sekali, nak dijadikan cerita si kakak ni mengandung dulu dari Cek Wie ni…hati dia dah jadi kureng elok la sbb dia tak dapat la nak bagi cucu sulung kat family Mat Jep ni.. so de story pun bermula lah kat sini…..
Oleh kerana Cek Wie ni agak rapat ngan kuarga aku, dia mula la cerita perkara perkara buruk tentang mak mentua dia. kami pun terpecaya gak la..Cek Wie ajak Mat Jep pindah dari umah mak mentua dan sewa di belakang umah kami. Cek Wie ni memang pun pandai masak, pandai buat kuei tradisional spt tepung talam,seri muka n selalu lak hntag kat kami utk makan sama sama. Sambil tu dia t dok cerita la kisah mak mentua dia seolah olah dok menganiaya dia.. pernah gak dia kata nampak mak mentua dia calit minyak apa menda ka kat moto mat jep untuk bg depa bepisah. Tu pun kami pecaya gak. Finally dia pregnant gak.. lambat sikit dari kak ipag dia . beza dalam 4 bulan cam tu kot. Lepas kakak Mat Jep bersalin, dia  pun p la melawat, pas tu dia balik cerita kat kami kata anak kakak dia tu karpa sikit. (gelap sikit)..kami pun mula dok rasa , ish tak baik kata kat baby cam tu..so our perception towards her agak kureng dah la..
Dan tiba masa dia pun bersalin anak pmpuan lak, putih gebu. Dia pun sonok tak kira la..mak mentua dia mai gak melawat dia, jaga dia n anak dia sepanjang tempoh berpantang.kami pun rasa mungkin kelahiran anak tu sebagai penyembuh hubungan depa..aku la yg boh nama budak tu –Syifaa (makna penyembuh)..hihi sbb gebu n montel comei sgt si Cek Wie ni dah dok perasan anak dia putih dari anak kakak mat Jep ni..
Sampai la beberapa bulan, Cek Wie ni dok mengadu sakit sakit belakang. Dia t melupug (meronta) sakit sangat sambil lari kat luag umah dia dan tunjuk arah umah mak mentua dia.. kerap jadi cam tu sampai dia pengsan. Muka dia pun bengkak benkak .Bila dia sedag dia selalu kata kat kami, dia rasa dia terkena pebuatan mak mentua dan kak ipag dia. dan dia tuduh depa mcm mcm, sambil meraung raung ala ala hysteria. Pas tu si Mat Jep ni p jumpa mak dia kata mcm mcm sebab buat niaya kat bini dia. Bila mak mentua dia mai umah dia, dia t menjerit cam hysteria tu.. badan jadi keras betui betui mcm tersmpuk. So depa pun bawak la p jumpa bomoh (bo mau), kena beratus ratus riggit. Kononya si bomoh ni p korek kat depan umah dia ada tangkal yg ditanam. Pas tu dia baik la sat tak jerit jerit dah. Si kakak Mat Jep ni tak ingat apa, mai la nak bg rantai beli untuk anak dia si- syifaa tu.  boleh si Cek Wie ni p lempag balik kat muka kakak tu kata takut terkena sekali lagi.Kami dok rasa cam Cek Wie ni pun perangai semacam gak la kan… Dek kerana perut dia masih besag, kdg kdg tu dia rasa sakit sangat sampai melupug lagi. lastly bapak aku yg dok observe ja tiap tiap kejadian ni bg tau kat dia, jgn dok pecaya bomoh bomau tu suma, ni suma syirik, (kami suma pun kena marah gak), mak mat jep nangeh nangeh kata dia tak penah niat sampai nak buat niaya kat menantu dia (cek wie ni), dengan sumpah sumpah dia kata tak betoi tuduhan tu suma… Tu la doa sang ibu sangat makbul, Mat Jep penah bemusuhan ngan mak dia kerana bini dia cek wie ni. Akhirnya mat jep terpaksa akur ngan cadangan bapak aku suh p hospital untuk cek keadaan dia, sebab muka perut n kaki dia bengkak. Hrmmm
Tu la al kisah nya..lepas buat check up, doctor identify dia tu sakit buah pinggang~ buah pinggang dia dah rosak sebelah, tu la sakit sangat sangat bila dia silap makan.. Kuasa Allah akhirnya dia mengaku gak, dia tak sangka yg dia sakit tu sebenagnya disebabkan buah pinggang rosak.. lepas treatment beberapa bulan , dia terpaksa buang sebelah buah pinggang dia kerana dah rosak. Kami pun terasa tempias malu tu gak sebab terpecaya kat Cek Wie ni, Cuma nasib baik kami tak bermasam muka ngan mak mat jep ja…
Moral of de story is -  better kita bersangka baik sentiasa… kalau pun ada org berniat jahat, Allah tetap akan lindung kita kalu kita bersangka baik. Mak mentua kan cam ibu kandung, doa dia sama ngan ibu kita….akibat kerana sangka buruk kat mak mentua, last last sakit dia tu melarat sampai terpaksa buang buah pinggang ,lepas dah masuk wad tu , bengkak n meracau suma dah hilang…tu la len kali jangan main tuduh tuduh..lebih baik cek dulu, ikhtiar cara yang betoi..
Huhhh.. la ni syifa pun dah besag.. tunggu result upsr hihi.. kami pun dah tak rapat sebab depa dah pindah ke hujung kampong.. dan untuk kami yg terpecaya lakonan lakonan dia.. tu, Ya Allah ampunkan la kami.. terburuk sangka kat mak mat jep.. Aamin


CICIWI MENULIS ^ ^

Comments

pearl said…
betui tuh...bile orang kate/cerita jgn percaya 100%.. then sangka baik je kat orang tuh, mungkin ada masalah ke bla bla bla..kita pun tak dapat dosa kan :) nice story

Popular posts from this blog

Cici al sekerat jalan..

acute stroke_part 3

MY LALING...