Tip atasi keguguran rambut

Masalah keguguran rambut di kalangan wanita selepas melahirkan anak agak common kan? Ia terjadi akibat perubahan hormon yang berlaku pada wanita selepas bersalin. Memang pun sangat risau kalu rambut gugur especially lepas basah.
Biasanya rambut wanita lepas bersalin akan gugur ketika usia anak mula menganjak dua bulan ke atas. Kita ni pmpuan takut gak,  kalu tak jaga risau bole jadi botak lak nanti

Untuk menghindari rambut kering dan gugur, beberapa faktor boleh kita ikut dan amalkan. Antaranya:

Penjagaan
•Penjagaan pemakanan perlu diambil kira. Makan makanan seimbang agar kesihatan dapat dijaga.
•Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
•Hindari penggunaan syampu yang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur.
•Hindari penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur/kering/.

Bahan yang sesuai
Pastikan menggunakan jenis bahan yang sesuai dengan rambut anda. Contoh minyak pencemaran berfungsi untuk merawat rambut yang gugur dan kering. Selain itu ia bertindak dalam pertumbuhan rambut lebih bersinar dan segar.

Cucian
Anda perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Penggunaan syampu yang betul memberi kesegaran pada rambut. Jika tersilap pilih, rambut lebih mudah gugur atau kering.

Penggunaan krim
Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban.

Penggunaan krim juga turut bertindak merangsang pertumbuhan rambut lebih segar dan sihat serta melancarkan pengaliran darah pada rambut agar lebih stabil.

Air suam/jus
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman turut memainkan peranan terhadap rambut kita. Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua wanita.


Comments

Popular posts from this blog

Cici al sekerat jalan..

acute stroke_part 3

MY LALING...