Saham Akhirat

Salam..
Terima email ni dari seorang rakan, mungkin sumbangan dari sudut kwangan setakat termampu ja, tp rasa terpanggil untuk publish kat blog ni (mentang mentang la da ada blog hihi)
Buat sapa sapa yg sudi n ingin membantu.. luangkan sikit masa untuk baca email ni k

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: Khairi KhairilAnuar-CKK099
Sent: Friday, November 26, 2010 10:45 AM
Subject: Saham Akhirat...

Assalamualaikum wbt...

Pada hari raya qurban minggu lepas, mungkin ada di antara kita yang terbaca disurat khabar atau terlihat di TV berkenaan kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya Utara-Selatan berdekatan dengan Slim River yang mengorbankan 4 nyawa. Secara lanjut berkenaan peristiwa berikut, boleh lah tuan dan puan lawati link dibawah.

http://www.bharian.com.my/articles/Empatterbunuhpulangberaya/Article/

Mereka yang terkorban adalah pasangan suami isteri Shaiful Fadzilah dan Siti Suzana Mohd Nor bersama dua orang anak kembar mereka iaitu Fitri dan Fikri. Yang terselamat di dalam kemalangan tersebut adalah Firdaus (anak sulong) dan Fatihah (anak bongsu). Kini kedua-dua anak mereka yang terselamat menjadi yatim piatu yang sementara ini diperlihara oleh datuk dan nenek mereka di Lenggong.

Saya adalah sepupu kepada arwah Shaiful Fadzilah yang cuma ingin memanjangkan kepada tuan dan puan sekalian yang mahu memberikan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan kehidupan anak-anak yatim ini yang baru kehilangan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Sekiranya ada diantara tuan dan puan yang ingin memberi sumbangan, boleh lah menyalurkannya menerusi akaun BSN seperti yang tertera dibawah ini:-

Bank: BSN

Nama: Firdaus Bin Shaful Fadzilah

No Akaun: 08218 41 00001 5004

Sumbangan daripada tuan puan amatlah saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Semoga pemberian saudara mendapat ganjaran pahala di sisi Allah swt dan menjadi saham buat tuan puan sesudah mati sebagaimana mafhum hadis Nabi saw yang biasa kita dengar iaitu "Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang mendoakannya".


Dan sebagaimana yang disebut di satu hadis Nabi saw yang lain antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah di hari Akhirat iaitu "Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahasiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan"

Saya berharap agar tuan dan puan dapat mendoakan sepupu saya dan isterinya di ampunkan Allah akan segala dosa, di jauhkan daripada siksa kubur dan mereka serta anak-anak mereka yang terkorban agar di tempatkan oleh Allah bersama-sama dengan orang-orang yang mendapat Rahmat-Nya.

 

Allahumagfir Lahum Wa'afihim Wa'fu'anhum....

 

Yang Benar,

Khairil
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

semoga roh mereka di cucuri rahmat.. al-Fatihah...

Comments

Popular posts from this blog

Cici al sekerat jalan..

acute stroke_part 3

MY LALING...