BN, Pas sependapat – Kedah tuntut Penang??
Tuntut kadar pajakan sebelum tuntut Pulau Pinang
by ROSLINDA HASHIM-Sinar Harian Kedah
:ALOR SETAR -: Kerajaan Kedah berhak buat tuntutan menaikkan kadar pajakan Pulau Pinang lebih tinggi berbanding RM10,000 kini kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah.
:Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, untuk jangka pendek, elok Kerajaan Negeri memikirkan inisiatif untuk tuntut kenaikan kadar pajakan sementara menuntut pulau itu jadi sebahagian Kedah, kerana prosesnya lebih rumit dan mengambil masa.
:“Buat masa ini, elok jika Kerajaan Negeri berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mohon naikkan kadar pajakan. Saya rasa ada rasionalnya tindakan itu kerana ia lebih mudah dibincangkan berbanding ambil alih sebuah negeri,” katanya ketika dihubungi.
:Katanya, kedua-dua pihak perlu terbuka dan bertolak ansur demi untuk menjaga kesepaduan dalam negara.
:“Saya sendiri melihat ada kewajarannya jika Kedah tuntut RM10 juta sekalipun sebab nilai wang ketika perjanjian dibuat adalah jauh berbeza dengan nilai wang masa kini,” katanya.
:Abu Bakar berkata, berdasarkan perjanjian antara Britain dan Kerajaan Kedah itu, Pulau Pinang hanya dipajak. Ini bermakna Kedah berhak buat tuntutan terhadap pulau itu.
:“Pulau Pinang masih hak Kedah walaupun kini dipisahkan sebagai dua negeri. Namun hak itu tetap ada dan boleh diguna pakai hingga kini, sebab tidak ada perjanjian yang dibaharui sejak perjanjian lama dibuat,” katanya.
:Menurutnya, Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan wajar membuat semakan semula terhadap perjanjian lama yang dimeterai pada 1876, sekiranya membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.
:Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria tuntutan itu relevan selain ada fakta sejarah yang membolehkan tuntutan itu dibincangkan.
:“Saya setuju dikaji semula bagi bolehkan kadar pajakan dinaikkan atau setidak-tidaknya dibayar berdasarkan nilai wang emas semasa,” katanya.
:Menurutnya, dengan jumlah RM10,000 tidak banyak yang boleh dirancang untuk pembangunan negeri, berbanding nilai RM10 juta yang dituntut Kerajaan Negeri.
:“Perkara ini harus dibincangkan di peringkat nasional sebab ada kewajarannya. Saya sokong kesediaan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) yang ada fakta dan dokumentasi untuk membantu mana-mana pihak dalam isu ini,” katanya.
:Mohd Nasir berkata, isu ini tidak harus diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu sahaja, dan harus mendapat sokongan rakyat negeri ini.
:“Hak Kedah perlu dikembalikan, jika tak mahu serahkan Pulau Pinang, naikkan kadar pajakan. Sebagai pemilik kenapa harus kita pula meminta-minta, patutnya Kerajaan Persekutuan yang tawarkan kadar baru,” katanya.
:Menurutnya, perkara ini perlu diberi penelitian agar tidak mengguris mana-mana pihak, termasuk mencetuskan suasana tegang.
:“Pihak berkaitan perlu duduk semeja dan bincang dengan teliti. Bukan mudah membuat perubahan namun pada masa sama harus fikirkan keamanan negara,” katanya.
:Bagaimanapun, katanya, sekiranya Kedah mempunyai asas yang kuat dan sanggup berjuang demi mempertahankan hak milik, perkara itu harus diteruskan demi manfaat negeri itu.

Eh, tak pernah tau lak kisah pajak pajak ni semua, hrmm kena p belajag sejarah lik kot??
Comments